awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lans koperal mengaku tidak bersalah terima rasuah

Bernama
Bernama
05/03/2024
06:41 MYT
Lans koperal mengaku tidak bersalah terima rasuah
Mohd Azlan Iswan membuat pengakuan tidak bersalah terhadap 24 pertuduhan rasuah bernilai RM9,600. - Foto Bernama
ALOR SETAR: Seorang anggota polis berpangkat lans koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 24 pertuduhan rasuah bernilai RM9,600 sepanjang 2017 dan 2018.
Mohd Azlan Iswan, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.
Dia dituduh menerima wang tunai RM400 sebanyak 24 kali daripada seorang penyelia syarikat kontraktor yang didakwa mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi tertuduh melibatkan penguatkuasaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 ke atas lori-lori milik syarikat tersebut, melalui pindahan wang ke dalam akaun bank miliknya.
Tertuduh yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sik itu didakwa melakukan semua kesalahan berkenaan di sebuah bank di Sungai Petani antara 3 Jan 2017 hingga 4 Dis 2018.
Mohd Azlan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan bagi setiap pertuduhan, yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Hakim membenarkan dia diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin, di samping mengarahkannya menyerahkan pasport, selain perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan dan menetapkan 2 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Noor Azura Zulkiflee dan Afiqa Liyana Rozman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota polis
#berpangkat Lans Koperal
#pertuduhan rasuah
#Mahkamah Sesyen Alor Setar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan