[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
MALAYSIA

Lantai KDN Jalan Duta retak

Astro Awani 23/12/2014 | 10:46 MYT
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan akibat kejadian tersebut. - Astro AWANI
Kira-kira lebih 100 orang awam dan petugas Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kuala Lumpur cemas apabila lantai bangunan itu tiba-tiba retak petang tadi.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku jam 4 petang tadi di ruang lobi berdekatan pintu masuk bangunan kementerian tersebut.
Bunyi rekahan lantai mengejutkan petugas dan orang awam yang sedang berurusan di beberapa kaunter.
Pasukan Bomba dan Penyelamat dari balai Sri Hartamas dikejarkan ke lokasi kejadian dan hasil siasatan mendapati, rekahan seluas 30 kaki persegi itu berpunca dari kepanasan berikutan cuaca yang tidak menentu.
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan akibat kejadian tersebut.
Difahamkan, bangunan terbabit dijamin pihak kontraktor selama lima tahun dan baru diduduki empat tahun.
Pihak kontraktor sedang membaiki semula kerosakkan terbabit.
#bangunan #cemas #Jalan Duta #KDN #lantai #lobi #pintu #retak