MALAYSIA
Lantik warden profesional bendung buli asrama - Pas Johor

PAS Johor menggesa kerajaan melaksanakan lantikan warden asrama sepenuh masa daripada kalangan profesional bagi menangani isu buli yang semakin serius di institusi pendidikan berasrama di seluruh negara.
JOHOR BAHRU: Pas Johor menggesa kerajaan melaksanakan lantikan warden asrama sepenuh masa daripada kalangan profesional bagi menangani isu buli yang semakin serius di institusi pendidikan berasrama di seluruh negara.
Ringkasan AI
- Ketua Penerangan Badan Perhubungan Pas Johor, Abu Irfan Muhammad Al-Urduni, menggesa kerajaan melantik warden asrama sepenuh masa daripada kalangan profesional bagi menangani isu buli di institusi pendidikan berasrama.
- Beliau mencadangkan langkah seperti memberikan latihan khas, meningkatkan elaun, melaksanakan audit keselamatan, memantau prestasi, dan menjalankan saringan latar belakang warden.
- Abu Irfan menegaskan bahawa warden luar yang berkemahiran mampu mengurangkan kes buli dan menjamin keselamatan pelajar tanpa membebankan tenaga pengajar.
“Beban tugas berlebihan menyebabkan warden bekerja hampir 24 jam tanpa rehat mencukupi. Elaun kecil tidak sepadan dengan tanggungjawab dan risiko yang dipikul, hingga ada yang mengalami tekanan mental, keletihan melampau, dan penurunan kualiti pengajaran,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.
Pas Johor juga mencadangkan enam langkah utama, antaranya melantik warden luar sepenuh masa yang dilatih khusus, memberi latihan pengurusan pelajar dan pencegahan buli, meningkatkan elaun warden, memantau prestasi secara berkala, menjalankan saringan latar belakang.
Selain melaksanakan audit keselamatan menyeluruh di semua institusi pendidikan berasrama.
“Tugas utama seorang tenaga pengajar adalah mendidik dan membimbing pelajar, bukannya bekerja tanpa henti siang dan malam. Dengan adanya warden luar yang berkemahiran, disokong audit keselamatan menyeluruh, kes buli dapat diminimumkan dan keselamatan pelajar dapat dijamin,” tegasnya.
Beliau menegaskan, jika budaya buli mahu dibendung, sistem pendidikan berasrama perlu direformasikan dari aspek pengurusan asrama dan kawalan keselamatan demi kebajikan pengajar serta pelajar.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami