MALAYSIA
Lantikan hakim patuhi Perlembagaan, desakan tubuh RCI dianggap spekulatif - Jabatan Peguam Negara
Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan, proses pelantikan hakim di peringkat atasan dilakukan mengikut lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan, proses pelantikan hakim di peringkat atasan dilakukan mengikut lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan.
Penegasan itu dikeluarkan AGC susulan gesaan beberapa Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli yang mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan berkaitan pelantikan Ketua Hakim Negara serta campur tangan dalam institusi kehakiman.
Menurut kenyataan AGC hari ini, pihaknya mengakui kepentingan keyakinan rakyat terhadap proses pemilihan kehakiman namun menekankan bahawa segala pelantikan termasuk jawatan tertinggi seperti Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan tertakluk kepada Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.
“Pelantikan adalah atas nasihat Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Kuasa ini adalah eksklusif dan tidak boleh dianggap sebagai hanya menerima syor tanpa tanggungjawab,” tegas kenyataan itu.
Dalam masa sama, jabatan tersebut turut memaklumkan, lantikan beberapa Hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah diperkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bulan lalu, namun masih tertakluk kepada beberapa formaliti yang perlu disempurnakan secara tertib dan teratur.
ISU MESYUARAT JAC DAN DAKWAAN SALAH LAKU HAKIM
Mengulas kenyataan berhubung mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang didakwa diadakan tanpa notis mencukupi, AGC menjelaskan, JAC mempunyai kuasa untuk menguruskan prosedurnya sendiri.
Dalam situasi mendesak, mesyuarat boleh diadakan dengan notis pendek asalkan semua ahli bersetuju.
“Perkara bersifat prosedural tidak seharusnya menjejaskan kesahan pertimbangan JAC melainkan terdapat elemen mala fide atau prejudis yang jelas,” tegas jabatan itu lagi.
Sementara itu, berkenaan dakwaan seorang hakim Mahkamah Persekutuan campur tangan dalam keputusan mahkamah dan penugasan semula hakim, jabatan menganggap itu dakwaan serius namun bersifat pra-matang dan spekulatif kerana pertimbangan JAC adalah rahsia dan dilindungi undang-undang.
BANDINGAN DENGAN KES VK LINGAM TIDAK WAJAR
Kenyataan itu turut menyifatkan perbandingan dengan kes VK Lingam pada 2007 sebagai tidak berasas kerana kes tersebut melibatkan bukti campur tangan jelas yang membawa kepada penubuhan Suruhanjaya Siasatan.
Situasi semasa, menurut jabatan itu, hanyalah berkaitan isu prosedur tanpa bukti kukuh.
PARLIMEN TIDAK WAJAR DIPOLITIKKAN
Jabatan Peguam Negara turut mengingatkan walaupun Parlimen mempunyai kuasa menyemak tadbir urus institusi melalui jawatankuasa, isu pelantikan kehakiman perlu ditangani secara berhemah agar tidak mempolitikkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri.
“Pelaksanaan kuasa oleh kedua-dua institusi ini perlu kekal bebas seperti yang dijamin oleh Perlembagaan,” menurut kenyataan itu lagi.
NASIHAT KEPADA KERAJAAN DAN SEMUA PIHAK
Pada akhir kenyataan, AGC menegaskan, jabatan itu akan terus menasihati kerajaan berdasarkan keterangan yang berasas dan semua pihak perlu diberi ruang menjalankan tugas mereka tanpa tekanan atau spekulasi awam.
“Situasi semasa perlu dikendalikan dengan cermat dan tidak terburu-buru. Pelantikan mestilah sah dari sudut prosedur dan menghormati prinsip keluhuran undang-undang serta pemisahan kuasa,” jelas jabatan itu.
AGC turut menyeru semua pihak supaya bertanggungjawab dalam mempertahankan institusi kehakiman dan tidak menyebarkan spekulasi yang boleh menjejaskan keyakinan terhadap sistem perundangan negara.