KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini memberi penjelasan mengenai isu membabitkan status tidak melepasi tapisan SPA, bagi permohonan pelantikan tetap jawatan Pegawai Perubatan Gred UD43/UD41 di Kementerian Kesihatan (KKM).
Suruhanjaya itu dalam kenyataan memaklumkan, sebanyak 3,281 permohonan didapati tidak melepasi tapisan kerana tiada maklumat pendaftaran penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC), dan bidang pengkhususan perubatan yang merupakan syarat wajib untuk lantikan tetap.
"Sejumlah 1,587 pula didapati tidak melepasi tapisan bagi syarat khusus ditetapkan KKM, termasuk calon dilantik kontrak di KKM berdasarkan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM Bilangan 4 Tahun 2016, dan calon telah menamatkan latihan siswazah di dalam atau di luar negara.
"Calon merupakan lantikan kontrak mulai tahun 2016 hingga 2018 sahaja; calon tidak pernah meletak jawatan, tidak pernah ditamatkan perkhidmatan dan tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tempoh kontrak; dan calon tidak pernah menolak tawaran pelantikan tetap," menurut kenyataan itu.
Selain itu, SPA memaklumkan antara faktor calon tidak melepasi tapisan adalah maklumat pendaftaran penuh tidak dilengkapkan, atau mengisi pendaftaran sementara dengan MPM dan pemilihan bidang pengkhususan yang tidak tepat, iaitu selain daripada perubatan dan pembedahan / perubatan.
SPA memaklumkan sejumlah 10,593 permohonan telah diterima menerusi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) pada 16 Mac lepas.
Mengenai rungutan calon tidak mendapat panduan khusus mengenai permohonan berkenaan, SPA bersetuju mengemukakan senarai nama calon seramai 3,281 yang tidak melepasi tapisan kepada KKM untuk proses tapisan akhir.
"Sekiranya semakan daripada KKM mendapati calon memenuhi semua syarat yang ditetapkan (seperti iklan), status calon akan dikemas kini dalam SPA9 dan seterusnya akan dipanggil temu duga. Calon boleh menyemak status terkini permohonan mulai 22 April 2022 (Jumaat)," menurut kenyataan SPA itu.
Menurut kenyataan itu, suruhanjaya juga bersetuju mengeluarkan pilihan senarai pendaftaran penuh atau sementara dengan MMC, daripada proses permohonan ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD43/41.
Selain itu, SPA memaklumkan KKM perlu membuat semakan pengesahan pendaftaran penuh dengan MMC ke atas setiap calon yang akan dikemukakan SPA.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Perubatan, Bahagian Pengambilan SPA di talian 03-8091 9000/9415 (waktu pejabat) atau e-mel [email protected]
Pada Sabtu, tular satu hantaran oleh pengguna media sosial, yang membangkitkan isu ketidakpuasan hati calon berstatus tidak melepasi tapisan ditetapkan SPA, dan tiada panduan khusus bagi mengisi permohonan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) hari ini memberi penjelasan mengenai isu membabitkan status tidak melepasi tapisan SPA, bagi permohonan pelantikan tetap jawatan Pegawai Perubatan Gred UD43/UD41 di Kementerian Kesihatan (KKM).

Taylor's University labur RM1 juta, bangunkan Makmal VORTEX XR
Taylor's University melabur lebih RM1 juta membangunkan Makmal VORTEX XR bagi mewujudkan suasana pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan lebih interaktif seiring pertumbuhan industri teknologi.

Skandal LCS: Pemadaman fakta tidak jejas keseluruhan laporan JKSTUPKK - PAC
Wong Kah Woh memaklumkan ia sejajar keputusan Kabinet pada 10 Ogos lepas yang mengarahkan JPM menyahklasifikasikan laporan berkenaan.

Tiada penampakan ubur-ubur beracun di Pantai Teluk Nipah - Jabatan Perikanan
Siasatan awal Jabatan Perikanan Negeri Perak mendapati tiada penampakan ubur-ubur beracun dan berbahaya kawasan pantai Teluk Nipah di Pulau Pangkor.

Sikap tidak ingin ambil tahu punca Malaysia sukar tangani rasuah - Masidi
Ini terbukti dengan hanya 48 peratus rakyat yang cenderung untuk melaporkan kes salah laku rasuah.

Taylor’s University | Labur RM1 juta, bangunkan Makmal VORTEX XR
Taylor’s University melabur lebih RM 1 juta membangunkan makmal VORTEX XR bagi mewujudkan suasana pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang lebih interaktif seiring pertumbuhan industri teknologi realiti lanjutan atau extended reality (XR) di negara ini. Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Akademik, Prof Dr Pradeep Nair berkata, VORTEX XR yang dikenali sebagai Virtual Online Future Technology and Extended Reality itu berupaya mendekatkan masyarakat, pelajar dan pengajar dengan teknologi terkini sekali gus memenuhi permintaan pasaran kerja XR.

Laporan Khas | Pemilik lot tanah Bukit Tabur bersuara
"Kami hanya mahu berkebun di atas tanah sendiri..." Ini luahan beberapa pemilik lot tanah di Bukit Tabur, yang sebelum ini didakwa cuba menjalankan pembangunan di kawasan berkenaan. Susulan pendedahan Astro AWANI baru-baru ini bertajuk Bukit Tabur makin terabur?, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengesahkan berlaku kerja meratakan tanah tanpa permit di kawasan tersebut. Ikuti penjelasan daripada pemilik lot tanah berhubung situasi sebenar, dan benarkah tindakan mereka bakal merosakan alam sekitar?

Hari Kemerdekaan | Nyanyian Farel Prayoga buat menteri berjoget
Hari Kemerdekaan Indonesia ke-77 disambut meriah di Istana Presiden, Jakarta pada Rabu. Namun mencuri tumpuan pada majlis itu ialah Farel Prayoga yang hanya berusia 12 tahun, apabila dia 'menggoyangkan' istana dengan dendangan lagu berbahasa Jawa, sehingga beberapa menteri turut berjoget bersamanya.

Jururawat di HSI akan ditambah - Onn Hafiz
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan untuk menambah bilangan jururawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi meringankan tanggungan kerja di hospital itu.

Skandal LCS | “Siapa yang bersalah, tetap bersalah”
Mengulas mengenai pendakwaan terhadap bekas Panglima TLDM, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, atas tiga pertuduhan Pecah Amanah Jenayah (CBT) berkaitan dana syarikat pembuat kapal, Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd, Hishammuddin yakin pihak berkuasa telah menjalankan siasatan sewajarnya. Katanya, beliau tetap dengan pendirian, siapa sahaja termasuk dirinya jika bersalah akan tetap bersalah.

Skandal LCS | "Sila laksanakan" arahan Zahid kepada SUB MINDEF
Surat daripada Boustead Naval Shipyard (BNS) pada 8 Julai 2010 kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi antara yang terkandung dalam laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).

Lantikan pegawai perubatan: SPA perjelas isu status calon tidak lepas tapisan
SPA memaklumkan, sebanyak 3,281 permohonan didapati tidak melepasi tapisan kerana tiada maklumat pendaftaran penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).