awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor import tambahan 1,000 ekor lembu tenusu, tingkat kapasiti penghasilan susu di JDV
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lantikan semula sebagai Duta Khas: Hadi Awang ikrar teruskan tugas yang tertangguh

Astro Awani
Astro Awani
03/09/2021
08:32 MYT
Lantikan semula sebagai Duta Khas: Hadi Awang ikrar teruskan tugas yang tertangguh
Pelantikan semula sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah membuka ruang bagi meneruskan tugasan yang tertangguh serta menggerakkan perancangan baharu, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Gambar Facebook ABDUL HADI AWANG
MARANG: Pelantikan semula sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah membuka ruang bagi meneruskan tugasan yang tertangguh serta menggerakkan perancangan baharu, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut Presiden Pas itu, antara bidang yang akan diberi tumpuan utama ialah mengenai kerjasama dua hala dalam bidang politik, ekonomi dan pendidikan.
Abdul Hadi berkata, sepanjang memegang amanah itu, beliau sudah mengadakan pertemuan diplomatik dengan 10 duta dari negara Timur Tengah .
Susulan daripada pertemuan-pertemuan itu, Abdul Hadi berkata, menteri-menteri bertanggungjawab telah mengambil tindakan termasuk mengadakan lawatan ke negara-negara
“Susulan (pertemuan) juga sudah dilakukan menteri- menteri yang sebahagiannya sudah dilaksanakan antara ialah dagangan kelapa sawit.
“Hasil susulan juga mengadakan perbincangan pendidikan di Mesir, Jordan dan lain-lain termasuk kerjasama membantu rakyat Palestin,” kata beliau selepas menyampaikan kuliah Duha secara dalam talian di Rusila di sini, pada Jumaat.
BACA: Khidmat Hadi Awang, Tiong King Seng dan Richard Riot sebagai Duta Khas disambung
BACA: Hadi Awang dilantik Duta Khas bertaraf menteri
Semalam, kerajaan mengumumkan menyambung pelantikan Abdul Hadi sebagai Duta Khas di Timur Tengah. Tidak ketinggalan khidmat Datuk Seri Tiong King Seng sebagai Duta Khas ke China dan Datuk Seri Richard Riot yang juga Duta Khas ke Asia Timur turut disambung.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dilantik memegang jawatan berkenaan semasa pentadbiran kerajaan di bawah bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2 April tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Duta Khas Perdana Menteri
#Timur Tengah
#Presiden Pas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan