VIENTIANE: Laos dan ASEAN kini berganding bahu untuk memulakan usaha untuk memupuk budaya penggunaan plastik secara lebih bertanggungjawab menerusi projek Save the World.
Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada aktiviti dalam bidang kuasa Jawatankuasa Kebudayaan dan Maklumat ASEAN (ASEAN-COCI) yang dibiayai oleh Dana Kebudayaan ASEAN, lapor Xinhua memetik akhbar tempatan Pasaxon pada Khamis.
Bercakap pada majlis pelancaran inisiatif itu di Vientiane, Ketua Pengarah Institut Seni Halus Laos Khamsouk Keovongsay berkata projek itu bertujuan untuk menggalakkan, melindungi dan memulihara planet hijau yang selamat dan mampan untuk generasi akan datang, serta meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar dan kewajipan menjaga kelestarian alam sekitar yang sihat.
Inisiatif itu bukan sahaja meningkatkan kesedaran tentang perlunya usaha untuk melindungi alam sekitar bahkan untuk menyokong Pelan Strategik Kebudayaan dan Kesenian ASEAN 2016-2025 dan Pelan Tindakan Komuniti Sosiobudaya ASEAN 2025.
Khamsouk berkata program itu merupakan peluang yang baik untuk semua peserta berkongsi amalan terbaik, pengetahuan dan pengalaman dalam kepelbagaian budaya setiap negara anggota ASEAN.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2023
Program itu meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar dan kewajipan menjaga kelestarian alam sekitar yang sihat. - Gambar fail
Guna MRE, TH perkemas sistem pengurusan makanan
TH memutuskan untuk memperkemaskan sistem pengurusan makanan untuk jemaah semasa Masyair dengan memilih mengedarkan sajian pek makanan sedia dimakan, MRE disebabkan beberapa kelebihan MRE itu sendiri di mana antaranya berupaya mengurangkan bebanan ditanggung penyedia makanan serta tukang masak.
China pertahan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China sebelum ini mendakwa Taiwan adalah sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menggelar Lai sebagai 'pemisah berbahaya' yang akan membawa 'perang dan kemerosotan' ke pulau itu.
Rusia tahan seorang lagi Leftenan Jeneral
Agensi berita TASS yang dikendalikan kerajaan melaporkan Mahkamah tentera pada Rabu memerintahkan Shamarin, dipenjarakan selama dua bulan.
Beberapa penumpang cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, Dr Adinun Kittiratanapaibool berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pesakit akan lumpuh kekal.
Mahkamah Perlembagaan Thailand terima petisyen pecat Srettha
Barisan hakim mengundi dengan keputusan enam menyokong dan tiga menentang, untuk menerima petisyen berkenaan serta memberi tempoh 15 hari bagi Srettha respons kepada kes itu.
Ribuan berarak, beri penghormatan kepada Ebrahim Raisi
Penghormatan terakhir diberikan kepada Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya yang maut dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Suara Rakyat: Para nelayan harap tidak beri kesan kepada komuniti maritim
Rasionalisasi subsidi yang akan dilaksanakan kerajaan diharap tidak memberi kesan kepada para nelayan.
1 pekerja maut, 2 di ICU selepas terhidu gas beracun di loji rawatan air Singapura
Siasatan awal menunjukkan pekerja asing tersebut telah terhidu hidrogen sulfida, gas yang dihasilkan daripada enap cemar, iaitu sisa daripada proses rawatan air.
Pendidikan TVET, industri halal Malaysia-Hong Kong digiatkan
Hong Kong bersedia berkongsi kepakaran dalam pendidikan teknikal dan vokasional dengan Malaysia.
Tidak timbul isu lewat selesai skolah daif, pelaksanaan ikut giliran dan jadual
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan tidak timbul isu lewat naik taraf sekolah daif kerana ia dilaksanakan mengikut giliran dan jadual ditetapkan kerajaan.
Amir Hamzah ketuai delegasi ke Mesyuarat Menteri Kewangan, Gabenor Bank Pusat ASEAN
Mesyuarat-mesyuarat itu juga dihadiri oleh Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.
Menteri-Menteri Luar ASEAN sokong keutamaan Laos untuk pertingkat ketersambungan, ketahanan
AMM di Luang Prabang menyaksikan sokongan sebulat suara untuk menjayakan keutamaan Laos selaku pengerusi badan serantau.
Menteri-Menteri Luar ASEAN bimbang peningkatan ketegangan di Semenanjung Korea
Korea Utara digesa ambil tindakan untuk meredakan ketegangan dan menyeru semua pihak terlibat supaya menyambung semula dialog secara aman.
Mohamad akan sertai Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Laos
Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN itu merupakan mesyuarat berjadual pertama bagi negara anggota ASEAN tahun ini.
ASEAN promosi kesalinghubungan, daya tahan pada 2024 - TPM Laos
Laos yang mempengerusikan ASEAN mulai 1 Januari akan memanfaatkan peluang dan cabaran yang dibawa peranan baharunya itu.
Laos, ASEAN bekerjasama pupuk kesedaran penggunaan plastik
Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada aktiviti dalam bidang kuasa Jawatankuasa Kebudayaan dan Maklumat ASEAN (ASEAN-COCI).
Laos lapor kes cacar monyet pertama
Kementerian Kesihatan Laos telah mengesahkan kes pertama cacar monyet di negara itu, dan menyeru pegawai kesihatan di seluruh negara untuk sentiasa berwaspada.
Sukan SEA Kemboja: Skuad B-22 Malaysia ketepi ujian Laos
Skuad B-22 negara melepasi ujian pertama di Kemboja dengan mengetepikan Laos 5-1 dalam Sukan SEA Ke-32, sebentar tadi.
NGO gesa Laos bantu selamatkan rakyat Malaysia mangsa sindiket
Tiga badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia menggesa Kerajaan Laos untuk membantu membebaskan rakyat Malaysia yang jadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan.
Sukan SEA Hanoi: Skuad negara benam Laos 3-1
Skuad Bawah 23 negara meneruskan aksi cemerlang dalam saingan peringkat kumpulan temasya Sukan SEA ke-31 selepas menewaskan Laos 3-1, malam ini.