GEORGE TOWN:Penahanan dua lelaki di sebuah kondominum di Batu Uban, Pulau Pinang akhirnya berjaya membawa kepada pembongkaran sindiket memproses dan mengedar dadah apabila polis melakukan siri serbuan berkaitan di beberapa lokasi di Pulau Pinang dan Perak.
Polis turut menahan enam lagi ahli sindiket termasuk dalang yang berusia 38 tahun dalam keseluruhan 10 serbuan, bermula pada sekitar jam 5 petang Ahad hingga 3 petang pada 22 dan 23 November lepas.
Pelbagai jenis dadah antaranya heroin, heroin base, pil ekstasi dan syabu bernilai RM117,210 dirampas dalam serbuan itu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan berkata berdasarkan siasatan, dalang utama sindiket itu yang ditahan di Simpang Ampat dipercayai mendapatkan bekalan dadah daripada rangkaian sindiket dadah antarabangsa sebelum memprosesnya di kondomonium tersebut.
"Kita mula mengesan sindiket ini sejak September 2020. Kesemua mereka direman sehingga 29 November.
"Kita juga menyita kenderaan wang tunai dan barang kemas, barangan kemas dan tujuh kenderaan yang dianggarkan bernilai RM409,330," ujar Sahabudin, yang menambah, semua dadah dirampas itu boleh digunakan 44,255 penagih dadah.
Menurutnya, kondomonium itu dijadikan sebagai makmal proses dadah sebelum mereka mengedarkan kepada ahli sindiket untuk pasaran di Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Sahabudin berkata, tujuh daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau.
Ujian air kencing ke atas dua suspek berusia 33 dan 40 tahun mendapati mereka positif dadah jenis opiate manakala selebihnya negatif.
Kesemua lapan lelaki berusia lingkungan 20 hingga 49 tahun itu direman sehingga 29 November bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Nov 25 2020

Selain dadah, polis turut menyita tujuh kenderaan, wang tunai dan barang kemas dianggarkan bernilai RM409,330. - Foto: PDRM

ASEAN | Kerjasama ASEAN perkukuh undang-undang siber
Negara anggota ASEAN boleh mempertimbangkan pelaksanaan undang-undang mengenai privasi data dan hak pengguna untuk diaplikasikan pada setiap entiti digital di rantau ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sudah tiba masanya platform digital dilihat sebagai satu medium yang perlu digunakan dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.

Sarawak tangguh semua aktiviti pengimarahan masjid, hadkan bilangan jemaah
Antara aktiviti yang ditangguhkan termasuk ceramah, kuliah, kursus kelas dan bengkel.

COVID-19 | Hospital di Perlis mampu tampung jumlah pesakit
Pusat kuarantin dan rawatan pesakit COVID-19 di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar mencapai tahap 79 peratus. Bagaimanapun, menurut Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, negeri ini masih lagi mampu menampung jumlah pesakit COVID-19 memandangkan kapasiti di Kolej Jururawat Masyarakat Kangar yang digunakan hanya sekitar 26 peratus.

Samun | Geng samun Ah Boon ditahan
Polis menumpaskan Geng Ah Boon yang terbabit dalam kes samun warga asing Ini susulan penahanan tiga ahli kumpulan itu ditahan, malam Rabu.

Ketua Polis Petaling Jaya tampil bantu wanita ditahan curi makanan, ubat untuk anak
Nik Ezanee turut menyeru masyarakat untuk terus bertahan dalam suasana pandemik COVID-19 yang mencabar.

ADGMIN1: COVID-19 percepat pertumbuhan ekonomi digital Malaysia - Muhyiddin
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak setahun yang lalu telah mempercepat pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.

Jualan kenderaan pada 2020 menurun 74,847 unit berbanding 2019, jangka peningkatan pada 2021
Walaupun terdapat penurunan dua digit dalam TIV, ia pencapaian yang baik bagi industri automotif tempatan.

Zahid Hamidi sahkan negatif COVID-19 selepas hadiri perjumpaan dengan pemimpin UMNO
Ahmad Zahid berkata beliau perolehi keputusan ujian saringan itu awal pagi ini.

TERKINI | Integrasi rentas sempandan

Keliru dan celaru COVID-19: Sikap mahu jadi orang pertama, punca sebaran berita palsu
Orang ramai perlu bertanggungjawab dalam setiap apa yang dikongsi selain cakna untuk menyemak segala informasi diterima.

Suami isteri, dua beradik antara ditahan jadikan hotel bajet 'port' edar dadah
Pasangan suami isteri serta dua beradik lelaki, merupakan antara yang ditahan terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah di Bayan Lepas.

Remaja 19 tahun dipercayai edar dadah
Usia baru menginjak 19 tahun, namun dipercayai terlibat mengedar dadah jenis heroin dan syabu sekitar Pulau Tioman, Rompin kira-kira 150 kilometer dari sini.

Lapan anggota sindiket memproses, mengedar dadah tumpas
Pelbagai jenis dadah antaranya heroin, heroin base, pil ekstasi dan syabu bernilai RM117,210 dirampas dalam serbuan itu.

Suami isteri berdepan hukuman gantung kerana miliki, edar dadah
Sepasang suami isteri bersama dua lagi rakan didakwa memiliki dan mengedar dadah jenis heroin, syabu serta pil kuda.

352 ketul ganja mampat dirampas: Polis bongkar sindiket edar dadah di Pulau Pinang
Sindiket yang dipercayai mempunyai rangkaian di negara jiran itu dikesan menjalankan pengedaran dadah di beberapa negeri utara tanah air.

Hanya kerana upah RM20, lelaki warga asing berdepan hukuman mati
Lelaki Filipina berusia 42 ditahan bersama dadah jenis syabu seberat 50.71 gram di Kampung Vietnam, Tawau, Sabah, Rabu lepas.

Polis Miri tahan lelaki terlibat edar dadah
Seorang lelaki ditahan pihak polis kerana disyaki terbabit kegiatan pengedaran dadah yang dianggarkan bernilai RM11,600.

Polis tahan lelaki dipercayai edar dadah guna termos
Polis berjaya memberkas seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dengan menggunakan termos.

Dua beranak ditahan, dadah RM1.18 juta dirampas di Kota Tinggi
Bapa dan anak ditahan dalam satu operasi melibatkan rampasan dadah bernilai RM1.18 juta dalam serbuan di sebuah bengkel di Jalan Lombong, dekat sini, petang semalam.

Lapan tahun bicara, suspek Nigeria edar dadah terlepas tali gantung
Keputusan Mahkamah Rayuan pada 1 April 2019 dalam membebas dan melepaskan tertuduh, Luke Nnaemeka Ugwu, 34 tahun daripada pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah wajar.