Lapan cedera letupan bom di Puchong

Haslina Zainal
Jun 28, 2016 02:54 MYT
Pasukan polis dilihat melakukan siasatan di lokasi kejadian. - Foto Astro AWANI
Lapan pengunjung restoran cedera apabila terkena serpihan bom petrol yang dibaling oleh dua lelaki bermotosikal di hadapan IOI Boulevard, Puchong, awal pagi tadi.
Ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.30 pagi itu, pengunjung sedang leka menonton perlawanan kejohanan bola sepak Euro 2016.
Lima daripada mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan, sementara tiga lagi dihantar ke Hospital Sunway.
Tiga ambulan, unit pengesan anjing K9, unit pengesan bom dan unit forensik turut dikejarkan ke tempat kejadian.
Menurut pihak polis, Sebuah kereta yang berada kira-kira 30 meter dari tempat kejadian telah rosak akibat letupan itu.
Dipercayai suspek kejadian itu masih dijejaki.
#bom petrol #IOI Boulevard #lelaki bermotosikal #mercun #Puchong