MALAYSIA
Lapan kru hilang, bot pancing dikhuatiri karam di perairan Pulau Perak
APMM mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat sekurang-kurangnya lapan kru sebuah bot pancing yang dikhuatiri karam di perairan timur laut Pulau Perak, dekat Yan, hari ini. - Foto APMM/via BERNAMA
ALOR SETAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat sekurang-kurangnya lapan kru sebuah bot pancing yang dikhuatiri karam di perairan timur laut Pulau Perak, dekat Yan, hari ini.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata insiden itu dilaporkan oleh tekong bot pada 10.45 pagi selepas seorang kru bot terbabit memaklumkan kepadanya ketika berada di kedudukan kira-kira 14.6 batu nautika dari timur laut Pulau Perak.
"Susulan laporan itu, operasi mencari dan menyelamat diaktifkan pada 11 pagi dan aset APMM, KM Siangin telah ke lokasi kejadian bagi melakukan penilaian awal serta memberikan bantuan segera.
"Berdasarkan maklumat setakat ini, dianggarkan lebih lapan kru berada di atas bot berkenaan dan identiti kesemuanya sedang disahkan," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata keadaan cuaca pada waktu kejadian juga dilaporkan agak buruk dengan angin bertiup dari arah timur laut pada kelajuan antara 30 hingga 40 kilometer sejam (km/j) manakala ketinggian ombak dianggarkan antara 1.5 hingga 2.5 meter.
"Beberapa kawasan perairan turut mengalami ribut petir, sekali gus meningkatkan risiko terhadap keselamatan kru dan operasi menyelamat yang sedang dijalankan. Bagi memperkukuh tindakan operasi di lapangan, aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu KD Ledang turut digerakkan ke kawasan kejadian.
"Usaha menyelamat kini dilaksanakan secara bersepadu oleh kedua-dua agensi keselamatan itu. Kapal kargo MAERSK SONGKHLA yang dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang turut membantu operasi mencari dan menyelamat itu," katanya.
Beliau berkata perkembangan lanjut mengenai status kru, keadaan semasa di lokasi dan maklumat tambahan lain berkaitan operasi berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA