awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan lelaki bergaduh di premis hiburan ditahan

Bernama
Bernama
28/12/2023
15:53 MYT
Lapan lelaki bergaduh di premis hiburan ditahan
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata polis menerima laporan berhubung kejadian yang melibatkan sekumpulan individu itu pada 10.07 malam. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lapan lelaki berusia 26 hingga 46 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah premis hiburan di Jalan Raja Chulan di sini, Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata polis menerima laporan berhubung kejadian yang melibatkan sekumpulan individu itu pada 10.07 malam.
"Siasatan awal mendapati punca pergaduhan disebabkan rasa tidak puas hati dalam urusan perniagaan dan siasatan masih dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Noor Dellhan berkata tiga individu yang direman selama sehari telah dibebaskan dengan jaminan polis manakala lima lagi direman hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 45 saat memaparkan pergaduhan sekumpulan individu di kawasan parkir premis hiburan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bergaduh
#ditahan
#pusat hiburan
#Jalan Raja Chulan
#Polis Daerah Dang Wangi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan