awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan lelaki didakwa sertai perhimpunan haram, sebabkan kecederaan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/03/2024
05:43 MYT
Lapan lelaki didakwa sertai perhimpunan haram, sebabkan kecederaan
Polis mengiringi lapan lelaki yang didakwa menyertai perhimpunan haram dan mengakibatkan kecederaan pada 11 Mac lalu, di Mahkamah Majistret Sungai Siput hari ini. - Foto Astro AWANI
SUNGAI SIPUT: Lapan lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan menyertai perhimpunan haram hingga mengakibatkan kecederaan seorang individu lain, Isnin lalu.
Tiga daripada mereka iaitu K Lengeswaran, S Thinakaren dan M Akkaskumar mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman denda RM2,000, atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda.
Sementara itu, lima lagi mengaku tidak bersalah iaitu S Guna Segaran, K Logen, A Ignisrao, M Nagaraj dan R Naresh.
Pengakuan dibuat selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan.
Mengikut kertas pertuduhan, kelapan-lapan mereka dituduh secara bersama menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan tujuan mendatangkan kecederaan kepada seorang lelaki berusia 28 tahun di mana semasa perhimpunan itu semua ahli atau lebih daripada seorang ahli memukul dan mendatangkan kecederaan pada tubuh mangsa.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di tepi tokong kecil bersebelahan jalan utama Taman Tun Sambanthan, di sini, antara jam 9.30 dan 11.15 malam, 11 Mac lalu.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun yang sama iaitu boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan lima tertuduh yang mengaku tidak bersalah, masing-masing dijamin RM2,500 dengan seorang penjamin .
Mahkamah turut menetapkan 15 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes, termasuk untuk lantikan peguam.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R S Vitthiyeswary manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#perhimpunan haram
#mendatangkan kecederaan
#Sungai Siput
#Mahkamah Majistret
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan