awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu FAM: Penyokong diharap tidak luntur semangat - Mohammed Taufiq
Ketua PBB beri amaran peningkatan ketegangan di wilayah Tigray, Ethiopia
Tiga lagi mayat ditemukan dalam operasi SAR MV Trisha Kerstin 3 yang karam di Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan lelaki disyaki terlibat pergaduhan di Genting Highlands ditahan

Bernama
Bernama
22/07/2025
11:35 MYT
Lapan lelaki disyaki terlibat pergaduhan di Genting Highlands ditahan
Sebelum ini, tular satu video melalui media sosial memaparkan pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki yang dipercayai berlaku di pusat beli-belah di Genting Highlands. - Gambar fail/FB Farul Aradiaq
KUANTAN: Polis menahan lapan lelaki disyaki terlibat dalam pergaduhan di pusat beli-belah di Genting Highlands, pada 10 Julai.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata mereka terdiri daripada lima rakyat tempatan dan tiga warga asing berusia antara 28 hingga 61 tahun.
"Masing-masing ditahan dalam beberapa serbuan yang dijalankan di sekitar Genting Highlands, Kuala Lumpur dan Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihaknya turut merampas sebilah pisau dan sebatang besi yang dipercayai digunakan semasa kejadian.
"Kesemua suspek kini direman untuk siasatan lanjut dan polis sedang mengesan tiga lagi individu yang dikenal pasti terlibat dalam kejadian itu," katanya.
Zaiham meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu agar menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) melalui talian 09-2222 222 atau tampil ke mana-mana balai polis berdekatan.
Sebelum ini, tular satu video melalui media sosial memaparkan pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki yang dipercayai berlaku di pusat beli-belah di Genting Highlands.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pergaduhan di Genting Highlands
#lapan lelaki ditahan
#Polis Daerah Bentong
#pusat beli-belah di Genting Highlands
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan