Lapan lokaliti di Labuan dikenakan sekatan pergerakan bersasar mulai 15 Jun ini

Astro Awani
Jun 12, 2021 05:38 MYT
Pelaksanaan sekatan pergerakan bersasar yang berkuat kuasa 15 hingga 28 Jun 2021 itu dibuat selepas mengenal pasti lapan lokaliti itu sebagai lokasi panas COVID-19.
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan melaksanakan sekatan pergerakan (lockdown) bersasar di lapan lokaliti di wilayah persekutuan itu.
Pelaksanaan sekatan pergerakan bersasar yang berkuat kuasa 15 hingga 28 Jun 2021 itu dibuat selepas mengenal pasti lapan lokaliti itu sebagai lokasi panas COVID-19.
Ia melibatkan kawasan bandar Labuan, Sungai Keling, Bukit Kalam, Patau-Patau, Taman Mutiara, Layangan, Durian Tunjung dan Tanjung Aru.
Sepanjang sekatan pergerakan bersasar, penduduk hanya boleh keluar kawasan jika mempunyai kes kecemasan sahaja.
Difahamkan, JPBD Labuan sedang bermesyuarat bagi memperincikan pelaksanaan dan SOP sepanjang sekatan pergerakan bersasar itu.
#Labuan #Sekatan pergerakan bersasar #COVID-19 #lokasi panas #lapan lokaliti Labuan