awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan pemancing selamat bot karam di Perairan Rompin

Aiman Hakeem Awazmin
Aiman Hakeem Awazmin
20/02/2022
05:27 MYT
Lapan pemancing selamat bot karam di Perairan Rompin
Sekitar jam 11.20 malam, kesemua lapan mangsa berjaya ditemui oleh sebuah bot fiber yang melalui kawasan kejadian. - Foto ihsan APMM
MERSING: Lapan pemancing berdepan detik cemas apabila terpaksa berpaut pada bot yang karam sebelum diselamatkan dua jam kemudian di Perairan Rompin, malam tadi.
Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima maklumat kecemasan melalui talian MERS 999 daripada salah seorang mangsa.
Mangsa itu melaporkan, bot pancing yang dinaikinya bersama tujuh orang yang lain karam di kawasan beting berhampiran Pulau Seri Buat dan Pulau Tasu sekitar jam 9.35 malam tadi.
Katanya, kesemua lapan orang mangsa merupakan lelaki rakyat tempatan, berumur antara 27 tahun dan 56 tahun.
"Mereka memaklumkan, terpaksa berpaut pada bot dan memakai jaket keselamatan sementara menanti bantuan tiba.
"Operasi Carilamat diaktifkan pada jam 9.50 malam melibatkan bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Polis Marin bersama komuniti nelayan setempat.
"Sekitar jam 11.20 malam, kesemua lapan mangsa berjaya ditemui sebuah bot fiber yang melalui kawasan kejadian," katanya dalam satu kenyatan di sini, hari ini.
Foto ihsan APMM
Foto ihsan APMM
Menurutnya, punca kejadian dipercayai berlaku kebocoran pada ekzos bot, menyebabkan air masuk ke dalam bot sehingga menjadi di luar kawalan.
Kesemua mangsa selamat tiba di Jeti Awam Penyabong pada jam 11.50 malam.
Topic Berkaitan
#pemancing
#bot karam
#Rompin
#berpaut pada bot karam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan