MALAYSIA
Lapan termasuk dua warga asing didakwa edar 247.7kg ganja
Semua tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini. - Gambar/ Bernama
BUKIT MERTAJAM: Lapan individu termasuk dua warga asing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 247.7 kilogram ganja.
Mereka ialah Muhammad Nur Nor Hisham, 30, Mohamad Hafiz Mohd Zaini, 24, Mohamad Amirul Fazrin Md Kamil, 31, Mohamad Faris Irzain Bidin, 20, Syazriel Aiman Shah Ceronnizam, 20, Muhammad Faris 'Arimi Suzi, 26, Naveed Hussain, 37, dan Nursamira Hayeemaha, 37.
Kesemua tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Lorong Camelia 5 di sini pada kira-kira 12.30 tengah malam 5 Nov lepas mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 12 sebatan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Anis Suhada Rosli manakala Mohamad Faris Irzain, Syazriel Aiman, Muhammad Faris serta Nursamira diwakili peguam Ramkarpal Singh dan empat lagi tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menolak permohonan untuk ikat jamin dan menetapkan 19 Dis ini untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia.
-- BERNAMA