Cubaan lapan individu warga Indonesia menggunakan Mykad palsu untuk menghadiri temu duga kerja di sebuah kilang di Klang, membawa padah apabila ditahan polis pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisoner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, semua suspek termasuk ejen mereka kelihatan mencurigakan ketika pemeriksaan dilakukan pihak keselamatan kilang berkenaan.
“Polis bantuan di kilang itu mendapati Mykad mereka yang terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita itu mencurigakan sebelum melaporkannya kepada pihak pengurusan.
"Berikutan itu, semua suspek serta ejen mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Meru untuk tindakan lanjut,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara pada Khamis.
Beliau berkata, siasatan mendapati semua suspek sudah berada di Malaysia hampir dua tahun dan memperoleh Mykad itu daripad individu berasingan dengan membayar RM200 hingga RM300 tahun lalu.
Katanya, semua mereka direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 56(1)(D) Akta Imigresen, Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen dan Seksyen 25(1)(E) Akta Pendaftaran Negara 1959.
Hilmi Malik
Thu Jun 11 2020

Polis merampass Mykad palsu yang digunakan suspek ketika hadir temu duga kerja.

Kerajaan akan teroka peluang kerjasama LCSF dengan negara nilai dagangan tinggi
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia akan terus meneroka peluang untuk memperluaskan kerjasama Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan dengan negara lain.

Belanjawan 2024 mampu jadi asas kebangkitan ekonomi negara
Usaha kerajaan ke arah matlamat kebangkitan ekonomi negara boleh dilihat menerusi pelbagai pelan hala tuju seperti NETR dan NIMP 2030.

Pendigitalan perlu jadi asas pembangunan negara - Fahmi Fadzil
Pendigitalan kini perlu menjadi asas pembangunan sesebuah negara ke arah memupuk antaranya aspek pertumbuhan ekonomi, inovasi serta keterangkuman kewangan.

FDI Malaysia dijangka meningkat dengan dasar blok perdagangan, usaha PM tingkatkan profil negara
FDI Malaysia dijangka meningkat lebih kukuh menerusi galakan dasar "blok perdagangan" oleh kerajaan AS dan langkah Anwar untuk menambah baik kemudahan pelaburan di negara ini.

Industri sawit digalak teroka pasaran khusus untuk nilai pasaran lebih tinggi
Syarikat Malaysia digalakkan untuk mengeksport barangan siap berbanding dengan komoditi minyak sawit.

Cadangan kajian kebolehlaksanaan jaringan rel, udara ke Kalimantan dalam pertimbangan
Kementerian Pengangkutan telah mengemukakan permohonan untuk melaksanakan kajian kemungkinan jajaran jaringan logistik melalui rel dan udara dari Sabah dan Sarawak ke Kalimantan, Indonesia.

Malaysia sasar 10 emas di Kejohanan Gusti Lengan Dunia 2023
Seramai 56 peserta termasuk bekas juara 2019, Joffey Jolly, dari Sabah akan menggalas cabaran negara dalam 30 kategori dipertandingkan.

Monsun Timur Laut: JPBN Sarawak bersiap siaga hadapi bencana
Sarawak telah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir dan hujan lebat yang dibawa oleh angin Monsun Timur Laut.

Banjir: Satu PPS dibuka di daerah Kubang Pasu
Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini di daerah Kubang Pasu bagi menempatkan 21 mangsa banjir daripada enam keluarga.
Umpama mimpi jadi kenyataan buat anak yatim Iraq
Yayasan Rumah Iraq untuk Kreativiti ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 dengan tujuan untuk melindungi kanak-kanak gelandangan dan anak yatim di Baghdad.

China kemas kini kad pengenalan pemastautin tetap mulai 1 Dis
Pemegang kad baharu itu akan dapat mengendalikan urusan peribadi, seperti perjalanan, perbelanjaan harian dan kewangan melalui platform dalam talian.

PRN: Polis terima dua laporan kad pengenalan digunakan orang lain
Polis membuka dua kertas siasatan berkaitan laporan dakwaan penggunaan kad pengenalan oleh individu lain di dua pusat pengundian pada Sabtu.

Polis terima tiga laporan nama, kad pengenalan diguna individu lain untuk mengundi
Polis menerima tiga laporan berkaitan nama dan kad pengenalan digunakan individu lain untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, setakat ini.

PRN: Pemuda Pas Pulau Pinang dakwa wujud cubaan bawa 'pengundi hantu'
Pemuda Pas Pulau Pinang mendakwa wujud usaha memanipulasi undi dengan membawa 'pengundi hantu' semasa hari pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini.

JPN perhebat Program Mekar, turun padang setiap bulan
Program turun padang JPN ialah untuk memastikan golongan yang layak tetapi sukar untuk hadir ke pejabat JPN mendaftar dan perbaharui dokumen peribadi.

Tiga beradik tiada kad pengenalan diri dibantu
Dokumen berkaitan telah diserahkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan akan diproses dalam masa terdekat.

Krisdayanti tukar nama, mahu guna nama seperti dalam kad pengenalan
Pesohor hiburan Indonesia, Krisdayanti mengumumkan telah menukar namanya pada akhir April lalu.

Dokumen pengenalan sementara dikeluar kepada mendiang Lina pada 13 April - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan Dokumen Pengenalan Sementara (KPPK11) pada 13 April lepas kepada Lina Samuel, yang dilaporkan meninggal dunia hari ini akibat kanser kolon.

Kena tunjuk kad pengenalan beli minyak masak bersubsidi
Peraturan itu bagi mengelak orang ramai daripada membeli minyak masak secara berlebihan.

PRU15: Polis P. Pinang terima 33 laporan nama, kad pengenalan diguna individu lain
Polis menerima 33 laporan di negeri ini berhubung nama dan kad pengenalan digunakan individu lain untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu lepas.