LUMUT: Lapangan Terbang Pangkor di Pulau Pangkor, dekat sini, dijangka akan beroperasi semula pada 22 Jan tahun hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata lapangan terbang berkenaan yang sepatutnya beroperasi pada 1 Dis lepas terpaksa ditunda tarikhnya dan dijangka beroperasi semula dengan perkhidmatan penerbangan domestik secara terus daripada Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang.
"Mereka (pengendali lapangan terbang) mempunyai masalah permission (kebenaran) daripada pihak kementerian. Saya juga sudah berbincang dengan pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan persediaan telah dibuat dan mereka boleh menerima pesawat ke lapangan terbang berkenaan.
Kita tiada pengesahan lagi berapa jumlah penerbangan tetapi kemungkinan tiada penerbangan hari-hari dan mungkin empat kali seminggu," katanya selepas merasmikan pelancaran Lesen Premis Digital (MyPatil) Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di Dewan Merdeka MPM, di sini hari ini.
Turut hadir, Yang Dipertua MPM, Syamsul Hazeman Md Salleh.
Nolee Ashilin berkata kemudahan penerbangan dilihat mampu membantu dan merancakkan semula industri pelancongan daripada segmen pelancong yang berbeza termasuk pelancong antarabangsa.
"Kesemua operator perhotelan serta pelancongan di Pulau Pangkor sudah bersedia dan kembali beroperasi sepenuhnya menjelang Januari depan.
Malah, mengikut maklumat yang kita terima, sejak 1 Disember lalu, tempat penginapan seperti hotel sudah ditempah sepenuhnya," katanya.
Sementara itu, mengenai program berkenaan, Shamsul Hazeman berkata MPM menjadi pihak berkuasa tempatan yang pertama membangunkan MyPatil di Malaysia yang berasaskan teknologi pintar bagi menggantikan kaedah lesen konvensional dalam bentuk kertas dan papan lesen di premis perniagaan.
Katanya, MyPatil dibangunkan bagi memudahkan urusan pembaharuan lesen perniagaan serta pembayaran kompaun dan cukai taksiran dalam talian selain menjimatkan masa peniaga kerana tidak perlu berurusan di kaunter perkhidmatan MPM sekali gus membendung penularan COVID-19.
"Tujuan MyPatil ini dibangunkan juga adalah untuk mewujudkan persekitaran perniagaan digital dalam membantu peniaga dan mengembangkan perniagaan dari segi pengiklanan dan operasi harian.
Faedah MyPatil kepada bahagian penguatkuasaan pula adalah dapat memudahkan rondaan pihak penguat kuasa dan tidak perlu membawa pelbagai peralatan, sebaliknya hanya menggunakan telefon mudah alih selain mempercepatkan aktiviti rondaan," katanya.
Shamsul Hazeman berkata sebanyak 3,289 peranti pintar MyPatil telah dipasang di premis perniagaan di sekitar daerah Manjung sejak 10 Nov lepas.
--BERNAMA
Bernama
Thu Dec 09 2021
Lapangan Terbang Pangkor di Pulau Pangkor, dekat sini, dijangka akan beroperasi semula pada 22 Jan tahun hadapan. - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: 'DAP ada calon layak terdiri daripada Melayu, Cina, India'
Ng Sze Han berkata pihaknya mempunyai ramai calon yang layak bertanding terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India.
Pelajar maut rentas desa: 'Guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman'
Masyarakat diharap tidak menyebarkan maklumat salah berhubung kematian pelajar di sebuah sekolah menengah ketika menyertai kejohanan merentas desa pada Jumaat.
Awas taktik penipuan beri hadiah percuma ke rumah
Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan pemberian hadiah percuma dari rumah ke rumah, yang dipercayai menjadi taktik terbaharu sindiket penipuan.
Beras di tapak pelupusan sampah di Temerloh tidak selamat dimakan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) jelaskan beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei 2024
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Pertimbangan pelayaran misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla
Misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla akan tetap diteruskan di sebalik konflik terbaharu antara Israel dan Iran.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Penipuan SMS 'syarikat telco' dikesan kembali aktif
Taktik penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya dihantar daripada syarikat telekomunikasi terkenal dikesan kembali aktif sejak awal tahun ini.
Polis cari saksi kemalangan maut di Bagan Lalang
Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Bagan Lalang, pada Rabu.
Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Lapangan Terbang Pangkor dijangka beroperasi semula 22 Jan tahun depan
Lapangan Terbang Pangkor di Pulau Pangkor, dekat sini, dijangka akan beroperasi semula pada 22 Jan tahun hadapan.