UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

LAPOR LANGSUNG: Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong mati ditembak

Setiausaha PKR Cabang Miri dan bekas calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu, Bill Kayong, mati ditembak di Miri jam 9 pagi tadi.

Astro Awani
Kayong dikenali sebagai seorang yang lantang dalam menyuarakan isu-isu masyarakat termasuk isu tanah adat. - Foto Facebook

Seorang tokoh disegani masyarakat Sarawak

Tue Jun 21 2016

Siapa Bill Kayong?

1. Bill merupakan setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Miri.

2. Berusia 43 tahun, juga berpengalaman bertugas sebagai setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teoh.

3. Lulusan Reid Kerr College, United Kingdom.

13 NGO Dayak kutuk pembunuhan Bill

Tue Jun 21 2016

Tiga belas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dayak di Sarawak mengutuk pembunuhan Bill Kayong.

Antara NGO itu ialah Kesatuan Dayak Nasional Sarawak (SDNU), Persatuan Dayak Bidayuh Nasional (DBNA), Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA), Persatuan Graduan Dayak (SGA), Persatuan Graduan Bidayuh (BGA), Barisan Iban Sarawak (BISA) dan Kongres Dayak Nasional (DNC).

Berita penuh di sini.

Polis tubuh pasukan khas

Tue Jun 21 2016

PDRM telah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat pembunuhan Bill Kayong.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan berkenaan akan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar M.M Sree Shunmugam.

Berita penuh di sini.

Imej kejadian dari laman sosial media

Tue Jun 21 2016
Imej kejadian dari laman sosial media

'Tangkap dan bawa pembunuh Bill Kayong ke muka pengadilan!' - PKR

Tue Jun 21 2016

Kenyataan bersama Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai pembunuhan setiausaha PKR Cabang Miri, Bill Kayong.

KEADILAN dikejutkan dengan kes pembunuhan saudara Bill Kayong, setiausaha politik YB Dr Michael Teoh, Ahli Parlimen Miri, dan mantan calon KEADILAN bagi kerusi N71 Bekenu pada Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11 yang lalu.

Teks kenyataan penuh di sini.



Kalah PRN, Bill Kayong tetap tokoh disegani masyarakat Sarawak

Tue Jun 21 2016

Pagi ini Malaysia dikejutkan dengan kejadian tembakan yang mengorbankan Bill Kayong, Setiausaha PKR Cabang Miri dan bekas calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu, calon PKR bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu.

Menurut laporan, dia dikatakan ditembak di lampu trafik berhampiran sebuah pusat beli-belah, di Senadin, Miri.

Berita penuh di sini.

Naib presiden PKR Rafizi Ramli ucap takziah

Tue Jun 21 2016

Baru mendapat berita sahabat saya, Bill Kayong bekas calon PKR di Bekenu, Sarawak ditembak mati. Takziah & mohon keluarga bersabar

— Rafizi Ramli (@rafiziramli) June 21, 2016

Tolong jangan buat spekulasi - Polis

Tue Jun 21 2016

Polis meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung pembunuhan Setiausaha PKR Cabang Miri, Bill Kayong yang ditembak mati di Miri pagi tadi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Dev Kumar, mangsa berusia 43 tahun itu, ditembak pada kira-kira jam 8.30 pagi Selasa.

Berita penuh di sini.

Saifuddin Abdullah kutuk pembunuhan Bill Kayong

Tue Jun 21 2016

Bill Kayong calon PKR PRN S'wak ditembak mati pg ini.Amat mngejutkn,mnyedihkn. Sy ucap takziah pd keluargany. Sy kutuk prbuatn menembak itu.

— Saifuddin Abdullah (@saifuddinabd) June 21, 2016

PKR terima berita kematian Bill Kayong

Tue Jun 21 2016

KEADILAN baru terima berita sdr @Billkayong, calon DUN Bekenu pada PRN Sarawak yg lalu, telah mati ditembak 9pg tadi. Info lanjut menyusul.

— KEADILAN (@KEADILAN) June 21, 2016

[VIDEO] Bill Kayong ditembak mati

Tue Jun 21 2016

Ditembak di lampu trafik

Tue Jun 21 2016
Ditembak di lampu trafik

Bill Kayong ditembak mati

Tue Jun 21 2016

Setiausaha PKR Cabang Miri dan bekas calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu, Bill Kayong, telah mati ditembak di Miri jam 9 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Kayong yang ketika itu sedang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota beserta logo PKR, ditembak dari sebelah tingkap pemandu sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Beliau dilaporkan ditembak pada leher dan ditemui rebah pada tempat duduknya kira-kira jam 9.20 pagi.

BERITA DI SINI

'Tolong jangan buat spekulasi' - Polis

Tue Jun 14 2016

Polis meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung pembunuhan Setiausaha PKR Cabang Miri, Bill Kayong yang ditembak mati di Miri pagi tadi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Dev Kumar, mangsa berusia 43 tahun itu, ditembak pada kira-kira jam 8.30 pagi Selasa.

"Mangsa telah ditembak mati oleh seorang individu yang tidak dikenali dengan menggunakan senapang patah ketika dia sedang menunggu lampu isyarat bertukar di dalam keretanya, iaitu sebuah Toyota Hilux di persimpangan Lutong, Miri.

BERITA PENUH DI SINI

#Bekenu#Bill Kayong#mati ditembak#PKR
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.