Sebanyak tujuh daripada 25 kementerian mencapai tahap cemerlang bagi pengurusan kewangan (Indeks Akauntabiliti) pada tahun lepas, kata Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad.
Beliau berkata berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2017 Siri 1, sebanyak 16 kementerian pula mencapai tahap baik, manakala dua lagi berada pada tahap memuaskan.
"Selain itu, 13 jabatan telah mencapai tahap cemerlang dan lima pada tahap baik.
"Prestasi pengurusan kewangan bagi 21 Badan Berkanun Persekutuan (BBP) yang diaudit secara pusingan lima tahun pula menunjukkan dua BBP berada pada tahap cemerlang, 12 BBP pada tahap baik, lima BBP pada tahap memuaskan dan dua BBP lagi pada tahap kurang memuaskan," katanya dalam kenyataan berkenaan laporan itu hari ini.
Laporan LKAN 2017 Siri 1 akan dibentangkan di Parlimen hari ini.
Madinah berkata pada 2017, pengauditan Pengurusan Kewangan (Indeks Akauntabiliti) menggunakan pendekatan baharu iaitu berasaskan risiko, yang mana setiap kriteria yang diaudit dikategorikan kepada tiga tahap risiko iaitu risiko tinggi, risiko rendah dan risiko sederhana.
Katanya selaras dengan pelaksanaan pendekatan baharu ini, pelaporan bagi LKAN 2017 Siri 1 mengenai pengurusan kewangan hanya dibuat berdasarkan prestasi kewangan 2017 sahaja, tanpa perbandingan dengan prestasi tahun sebelum.
Pada peringkat kerajaan negeri pula, Jabatan Audit Negara menjalankan pengauditan pengurusan kewangan (Indeks Akauntabiliti) bagi 116 Kementerian/Jabatan Negeri di mana 45 Kementerian/Jabatan mencapai tahap cemerlang, 47 pada tahap baik, 17 pada tahap memuaskan, lima pada tahap kurang memuaskan dan dua pada tahap tidak memuaskan.
Sementara itu, beliau berkata audit yang dijalankan terhadap 35 Badan Berkanun Negeri pula menunjukkan 13 mencapai tahap cemerlang, 11 pada tahap baik, sembilan pula tahap memuaskan serta masing-masing satu pada tahap kurang memuaskan dan tidak memuaskan.
Katanya audit bagi 44 Pihak Berkuasa Tempatan menunjukkan 20 daripadanya berada pada tahap cemerlang, 18 pada tahap baik, tiga tahap memuaskan, dua pada tahap kurang memuaskan dan satu pada tahap tidak memuaskan.
"Pengurusan kewangan di Majlis Agama Islam Negeri (MAI) pula menunjukkan satu pada tahap cemerlang, tiga pada tahap baik dan satu pada tahap memuaskan," katanya.
Madinah berkata dalam laporan itu, sebanyak 14 syor telah dikemukakan terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2017 dan Pengurusan Kewangan Kementerian/Jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan.
Sebanyak 46 syor pula dikemukakan terhadap aktiviti Kementerian/Jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan dan 21 syor lagi kepada Syarikat Kerajaan dan Agensi Kerajaan Persekutuan.
"162 syor juga telah dikemukakan terhadap pengurusan aktiviti/kewangan Kementerian/Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri untuk memperbaiki kelemahan yang dilaporkan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata pengauditan penyata kewangan Kerajaan Persekutuan pula mendapati kerajaan memperoleh hasil berjumlah RM220.41 bilion iaitu peningkatan RM7.99 bilion (3.8 peratus) berbanding 2016 (RM212.42 bilion).
"Kerajaan telah meluluskan peruntukan mengurus berjumlah RM216.70 bilion yang mana RM217.70 bilion (100.5 peratus) telah dibelanjakan. Bagi perbelanjaan pembangunan, Kementerian/Jabatan Persekutuan telah membelanjakan RM44.88 bilion (99.0 peratus) daripada peruntukan berjumlah RM45.32 bilion.
"Kerajaan Persekutuan mengalami defisit berjumlah RM40.32 bilion. Kerajaan Persekutuan telah membuat pinjaman dari dalam negeri serta pinjaman luar negeri berjumlah RM129.25 bilion untuk menampung defisit tersebut dan juga membayar balik hutang," katanya.
Madinah berkata Jabatan Audit Negara juga akan memberi taklimat berhubung isu-isu utama yang dibangkitkan dalam laporan itu kepada Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara setelah pelantikan jawatankuasa itu disempurnakan.
Katanya kandungan dan sinopsis LKAN 2017 Siri 1 itu boleh dilayari menerusi laman sesawang Jabatan Audit Negara di https://www.audit.gov.my mulai hari ini selepas 10 pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 06 2018
Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 1 akan dibentangkan di Parlimen hari ini.
Kerani rugi RM109,540 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang kerani wanita sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM109,540 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud dalam talian.
Lelaki warga AS mengaku salah miliki video lucah, pornografi kanak-kanak
Tertuduh, David Matthew Frahm, mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Helmi Ghani.
KPKT umum pembinaan PPR Bestari Jaya, selesai masalah perumahan lima ladang di Selangor sejak 1998
KPKT mengumumkan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bestari Jaya bagi menyelesaikan isu perumahan yang dihadapi 245 keluarga peneroka.
Isu kasino Forest City: Polis rekod keterangan petugas portal bahasa Inggeris
Polis merakam keterangan seorang petugas media sebuah portal berbahasa Inggeris bagi membantu siasatan berhubung penerbitan artikel mengenai kasino di Forest City.
[TERKINI] Majlis Perasmian Persidangan DSA & Natsec 2024
Majlis Pembukaan Pameran Dan Persidangan DSA & Natsec Asia 2024 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
Syed Saddiq fail semakan tindakan PM, kerajaan henti peruntukan untuk Muar
Syed Saddiq dan tiga pengundi memfailkan permohonan kebenaran untuk mendapatkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi berhubung tindakan pemberhentian peruntukan untuk Parlimen Muar.
Liputan terhadap Israel, perang di Gaza tidak terjejas - Al Jazeera
Editor pengurusan Arab saluran itu, Mohamed Moawad berkata ada kaedah lain yang akan digunakan oleh pasukannya dalam membawakan perkembangan terkini dari tanah Palestin itu.
Polis nafi serangan terhadap Faisal, Akhyar berkait 'bookie'
Polis menafikan dakwaan kononnya kes serangan terhadap dua pemain bola sepak negara mempunyai kaitan dengan pengendali pertaruhan (bookie).
Polis tahan dua lelaki, rampas dadah lebih 21kg
Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di Jalan Medan Simpang, Simpang dekat Taiping.
Universiti Nottingham, Astro AWANI anjur sidang meja bulat Kewartawanan Dalam Era Gangguan AI
Perbincangan meja bulat ini bertujuan menyediakan platform untuk membincangkan implikasi AI terhadap kewartawanan dan masyarakat.
Senarai TSC FBI: MyCare sedia diaudit, pastikan ketelusan sumbangan
MyCare sentiasa bersedia untuk menjalankan pengauditan bagi memastikan ketelusan dalam pengurusan dana kutipan derma.
Najib keluarkan surat tiada keperluan audit 1MDB - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin, 37, yang juga pegawai penyiasat kes 1MDB berkata surat itu dikeluarkan pada 22 Disember 2009.
Perak wujud pasukan petugas audit penubuhan taska di tempat kerja
Ia menyasarkan semua pejabat kerajaan seluruh negeri meliputi pejabat daerah dan tanah, majlis daerah, perbadanan, IPT dan hospital.
Pastikan peralatan sukan sekolah diaudit, jamin keselamatan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan akan memastikan setiap peralatan sukan di sekolah diaudit bagi menjamin keselamatan murid ketika menggunakannya.
Koperasi diingat laksana audit
Kegagalan mematuhi perkara itu akan menyebabkan koperasi hilang kelayakan untuk mendapatkan kemudahan yang ada di bawah SKM.
'Jangan hanya audit selepas projek selesai' - Akhbar Satar
Antara cara yang efektif dalam mereformasi kelemahan berkaitan ketirisan ini ialah mengadakan audit ketika projek masih berjalan.
Serba Dinamik terbit laporan tahunan pada 6 Jan ini
Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) akan menerbitkan laporan tahunan 2021 menjelang 6 Januari.
Audit: Permohonan bantuan penyelenggaraan sekolah perlu melalui JPN
Tidak boleh dikemukakan secara terus oleh pihak sekolah bagi memastikan penilaian teknikal dan kos munasabah.
Cuai, langgar kontrak: 1MDB, kerajaan saman rakan kongsi KPMG US$5.6 bilion
Kesemua plaintif menamakan rakan kongsi KPMG yang dilantik sebagai juruaudit 1MDB antara 15 Sept 2010 dan 10 Jan 2014, sebagai defendan pertama hingga ke-44.
MoF sahkan tindakan undang-undang difailkan terhadap rakan kongsi KPMG PLT
Kementerian Kewangan (MoF) pada Jumaat mengesahkan writ dan pernyataan tuntutan telah difailkan terhadap 44 rakan kongsi KPMG PLT pada 6 Julai, 2021.