awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AFCON 2025: Aksi cemerlang Amad Diallo pastikan Ivory Coast ke suku akhir
UK, Perancis sedia hantar tentera ke Ukraine jika rundingan damai tercapai
Ole Gunnar Solskjaer semakin hampir kembali ke Manchester United
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan Audit: PPO sambut baik inisiatif PAC panggil lima kementerian buat penjelasan

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
10/04/2014
04:46 MYT
Laporan Audit: PPO sambut baik inisiatif PAC panggil lima kementerian buat penjelasan
Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata ia menyambut baik kenyataan Pengerusi Jawatan kuasa Kira -kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa pihaknya akan memanggil lima buah kementerian untuk memberikan penjelasan dalam waktu terdekat berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2013.
Pengerusi PPO, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata langkah tersebut selari dengan bidang kuasa PAC yang sepatutnya memeriksa pengurusan kewangan oleh badan-badan pentadbiran.
“PPO berpandangan bahawa langkah awal PAC mengumumkan bakal tindakannya juga menunjukkan Jawatan kuasa itu mempunyai peranan penting dalam meneliti dan mengkaji isu - isu yang dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara dan mencadangkan tindakan sewajarnya terlebih dahulu.
“PPO berpendapat menjadi tugas dan tanggungjawab PAC dalam memeriksa dan mendengar penjelasan pihak yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.
“Jika mana-mana jabatan kerajaan atau kementerian menemui kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib ) 1993 dan Arahan Perbendaharaan , maka tindakan segera per ulah diambil dengan serta-merta bagi memastikan kesalahan yang sama tidak berulang,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Walaubagaimanapun, beliau berkata sekiranya ada asas wujudnya unsur rasuah setelah PAC membuat penelitian ke atas isu-isu yang di bangkitkan di dalam laporan itu, SPRM akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Pada Isnin, Jazlan berkata lima kementerian yang akan dipanggil adalah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pendidikan.
Beliau berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani perlu dipanggil berhubung kelewatan Empangan Paya Peda di Besut sementara Kementerian Pendidikan perlu memberikan penjelasan mengenai pembinaan kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tidak mengikut spesifikasi dan tidak mendapat sijil layak menduduki (CF).
Kementerian Kesihatan pula perlu menjelaskan isu perolehan serta penyimpanan rekod aset dan pengurusan program pembelian makanan manakala KDN akan diminta memberi penjelasan berhubung isu pengurusan Rela dan peralatan untuk Rela khususnya sepatu anggota.
Kementerian Pendidikan perlu memberi penjelasan mengenai dana penyelidikan asas untuk hasilkan teori, konsep dan idea baharu kerana berlaku ketirisan apabila dana berkenaan dibelanjakan namun tidak ada kajian yang dihasilkan.
Topic Berkaitan
#Laporan Ketua Audit Negara
#Panel Penilaian Operasi (PPO)
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan