MALAYSIA
Laporan awal dedah bas bawa penuntut UPSI dipandu dua kali ganda had laju ketika nahas
Laporan awal Kementerian Pengangkutan mendedahkan bas yang terlibat dalam nahas di Gerik dipandu pada kelajuan 117 km/j, dua kali ganda melebihi had laju 60 km/j. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Bas yang terlibat nahas meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam kemalangan di jalan raya Timur-Barat, Gerik pada 9 Jun lalu disahkan dipandu dua kali ganda melebihi had laju ditetapkan.
Ringkasan AI
Ia berdasarkan laporan awal pasukan petugas khas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan (MoT) pada Jumaat.
Analisis kinematik mendapati bas berkenaan dipandu pada kelajuan 117 kilometer sejam (km/j) ketika kejadian, berbanding had ditetapkan iaitu 60 km/j.
Kegagalan mematuhi had laju itu mengakibatkan pemandu bas berkenaan hilang kawalan, kenderaan tergelincir, dan terbalik ke kiri jalan.
Laporan menyebut bahawa laluan terbabit mempunyai selekoh tajam dengan kelajuan kritikal yang lebih rendah, menjadikan pemanduan laju sebagai faktor utama kegagalan mengawal kenderaan.
Walaupun pemandu mendakwa berlaku kegagalan sistem brek, siasatan setakat ini tidak mengesahkan sebarang kerosakan teknikal.
Pemeriksaan awal hanya menemui tanda pemanasan melampau pada komponen brek, namun ia juga boleh berlaku akibat penggunaan brek secara berlebihan atau tidak sesuai.
Kementerian Pengangkutan memaklumkan siasatan lanjut masih diteruskan dan segala penemuan terperinci akan dimuatkan dalam laporan akhir yang bakal diterbitkan kelak.
Ringkasan AI
- Laporan awal Kementerian Pengangkutan mendedahkan bas yang terlibat dalam nahas di Gerik dipandu pada kelajuan 117 km/j, dua kali ganda melebihi had laju 60 km/j.
- Kelajuan berlebihan menyebabkan pemandu hilang kawalan di laluan selekoh tajam, mengakibatkan bas tergelincir dan terbalik, meragut nyawa 15 penuntut UPSI.
- Dakwaan kegagalan brek tidak disahkan secara teknikal; siasatan lanjut masih dijalankan dan laporan akhir akan diterbitkan oleh kementerian.
Ia berdasarkan laporan awal pasukan petugas khas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan (MoT) pada Jumaat.
Analisis kinematik mendapati bas berkenaan dipandu pada kelajuan 117 kilometer sejam (km/j) ketika kejadian, berbanding had ditetapkan iaitu 60 km/j.
Kegagalan mematuhi had laju itu mengakibatkan pemandu bas berkenaan hilang kawalan, kenderaan tergelincir, dan terbalik ke kiri jalan.
Laporan menyebut bahawa laluan terbabit mempunyai selekoh tajam dengan kelajuan kritikal yang lebih rendah, menjadikan pemanduan laju sebagai faktor utama kegagalan mengawal kenderaan.
Walaupun pemandu mendakwa berlaku kegagalan sistem brek, siasatan setakat ini tidak mengesahkan sebarang kerosakan teknikal.
Pemeriksaan awal hanya menemui tanda pemanasan melampau pada komponen brek, namun ia juga boleh berlaku akibat penggunaan brek secara berlebihan atau tidak sesuai.
Kementerian Pengangkutan memaklumkan siasatan lanjut masih diteruskan dan segala penemuan terperinci akan dimuatkan dalam laporan akhir yang bakal diterbitkan kelak.

#Jalan Raya Timur-Barat
#UPSI
#laporan awal
#Kementerian Pengangkutan
#dua kali ganda melebihi had laju