KUALA LUMPUR: Perkhidmatan kaunter aduan bergerak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan disediakan di semua pusat pindahan sementara (PPS) bagi memudahkan mangsa-mangsa banjir membuat laporan.
Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, beliau telah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah di kawasan-kawasan yang terjejas akibat bencana itu untuk mengambil laporan mereka secara manual.
"Ada beberapa balai yang menggunakan sistem laporan secara dalam talian dan tentu sekali apabila terjadinya banjir maka sistem kita juga mengalami gangguan teknikal.
"Justeru, saya telah arahkan semua Ketua Polis Daerah di kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir ini, untuk pergi ke PPS jika mana-mana mangsa perlu membuat laporan, mereka akan membuat laporan di situ secara manual," katanya dalam sidang media di pos kawalan banjir di Taman Sri Muda di sini, pada Khamis.
Sementara itu, bagi mangsa yang tidak dapat keluar dari rumah masing-masing atas sebab-sebab tertentu, Acryl Sani memaklumkan, beberapa aset PDRM telah digerakkan untuk membantu mereka membuat laporan di tempat mereka.
"Untuk tujuan itu, kita akan menggunakan kenderaan peronda, Unit Rondaan Bermotosikal (URB)," ujarnya.
[LAPOR LANGSUNG] Bencana banjir Selangor: Angka korban capai 34 orang - MB
Dalam pada itu, beliau berkata, PDRM juga menerima laporan tujuh kes membabitkan pecah premis dan beberapa tangkapan telah dibuat.
PDRM juga, jelas Acryl Sani, telah menempatkan 30 pasukan cantas Jabatan Siasatan Jenayah melibatkan 120 pegawai dan anggota khususnya di lokasi yang terjejas seperti Shah Alam bagi memastkan kejadian yang sama tidak berulang.
"Ada segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan mengatakan mereka terdesak dengan bekalan makanan yang terputus, malah makanan itu bukan untuk diri mereka bahkan untuk diagihkan kepada orang ramai.
"Maka kami menyediakan bekalan makanan yang mencukupi di semua pos kawalan dan mereka boleh mengambil bekalan mengikut keperluan tanpa mengira warga tempatan atau asing," ujarnya.
Menjawab satu video tular di laman sosial mengenai kejadian kereta mangsa banjir yang ditarik oleh sebuah trak tarik, beliau berkata, kes tersebut telah selesai dengan penahanan pemandu lori berkenaan.
Umavathi Ramayah
Thu Dec 23 2021

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani telah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah di kawasan-kawasan yang terjejas akibat bencana itu untuk mengambil laporan mereka secara manual. - Gambar BERNAMA

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.

PM Anwar ucap takziah kepada mangsa banjir di Beaufort - Shamsul Iskandar
Kerajaan persekutuan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada mangsa banjir melalui NADMA dan menyeru kerjasama agensi persekutuan serta negeri dalam misi pascabanjir.

Banjir: Pekan Beaufort terjejas teruk, penduduk sukar dapatkan barangan keperluan
Banjir berkenaan mengakibatkan jalan raya kini hanya boleh dilalui kenderaan berat dan perkhidmatan kereta api terputus.

Banjir: Jumlah mangsa meningkat kepada 4,122 orang di Sabah, 352 di Sarawak pagi ini
Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan, lapan PPS di Tenom menempatkan 743 orang daripada 276 keluarga.

Jalan terputus hubungan akibat banjir dan cerun runtuh di Sabah
Beberapa jalan di daerah Beaufort, Tenom, dan Keningau terputus hubungan hari ini akibat banjir serta cerun runtuh berikutan hujan lebat berterusan yang melanda kawasan tersebut.

Sarawak mula dilanda banjir, situasi di Sabah semakin buruk
Di Sarawak, 35 penduduk dari empat kampung di Trusan, Lawas dipindahkan ke PPS yang dibuka di Dewan Trusan hari ini.

Banjir di Sabah semakin buruk, Melaka beransur pulih
Situasi banjir di Sabah bertambah buruk dengan peningkatan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan banjir (PPS) petang ini manakala keadaan di Melaka beransur pulih.

Banjir dahsyat landa Indonesia
Ribuan penduduk hilang tempat tinggal dan terpaksa berpindah akibat banjir dahsyat yang telah melumpuhkan Jakarta.

Enam maut selepas ribut landa dua bandar di Argentina
Ribut yang melanda turut menyebabkan banjir besar dan memaksa pemindahan kecemasan dari kediaman dan pusat kesihatan.

Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 330 orang pagi ini
Kesemua mereka melibatkan penduduk yang terjejas di dua daerah, iaitu Melaka Tengah dan Jasin, dengan mangsa ditempatkan di lima PPS.

Paetongtarn, Anwar bincang mitigasi banjir dan pembangunan infrastruktur rentas sempadan
Paetongtarn dan Anwar Ibrahim, mengadakan perbincangan mengenai tebatan banjir dan pembangunan infrastruktur rentas sempadan pada Khamis.