PUTRAJAYA: Laporan kajian keberkesanan Pembayaran Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tanpa Tunai atau JKMPay akan dibentangkan dalam masa terdekat, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata kajian berkenaan telah selesai dijalankan oleh JKM, selain kajian terhadap projek rintis JKMPay yang dilaksanakan selama enam bulan pada 2021, di beberapa negeri.
"Sekarang ini kita tunggu laporan kerana kita mahukan manfaat yang lebih baik kepada pengguna JKMPay.
"Kalau lebih ramai gemar bayaran tunai, tiada masalah untuk buat pertukaran balik (daripada bayaran tanpa tunai) tetapi ia akan mengambil masa sebab ada sistem tertentu yang perlu dilalui," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat tahun baharu 2023 kepada warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di sini, hari ini.
Nancy berkata demikian sebagai mengulas cadangan Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi semalam agar JKMPay dimansuhkan kerana ia tidak mesra pengguna dan menyukarkan penerima untuk membuat pembelian dengan kad bayaran tanpa tunai.
Melalui JKMPay, penerima bantuan akan menerima 50 peratus daripada jumlah bantuan yang diluluskan dan dikreditkan ke dalam akaun Bank Islam, manakala baki 50 peratus akan dimasukkan ke dalam kad JKMPay.
Ia antara lain bertujuan membantu penerima untuk mengurus serta mengawal pembelanjaan wang bantuan secara berhemat.
Sebelum ini, dilaporkan sekumpulan persatuan Orang Kurang Upaya (OKU) turut menghantar memorandum agar JKMPay dimansuhkan kerana pemotongan 50 peratus bantuan membebankan golongan itu selain menyekat kebebasan untuk berbelanja kerana pembelian terhad beberapa barangan sahaja.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 04 2023

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Tahun Baharu di kementeriannya hari ini. - Foto BERNAMA

Kanak-kanak lelaki cedera tersepit pintu lif
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun setengah mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dan tersepit di lubang antara pintu lif dan dinding bangunan, hari ini.

AWANI Ringkas: Kementerian teliti cadangan buka semula kedutaan di negara konflik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kurma, buah 'tak cantik' miliki kuasa luar biasa
Menurut perubatan moden, kurma mempunyai 10 unsur yang penting untuk manusia kekal sihat dan cergas.

AWANI Global: Banteras Diskriminasi Kaum
Malaysia mencatatkan jumlah insiden perkauman, diskriminasi kaum dan xenofobia tertinggi pada tahun 2022. Ikuti diskusi Jerald Joseph, Pengarah Pusat KOMAS bersempena Hari Antarabangsa Membanteras Diskriminasi Berdasarkan Kaum.

Raja Permaisuri Agong rasmi Masjid Tunku Azizah Iskandar di Bentong
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan merasmikan dan menamakan semula Masjid Kampung Baru di sini sebagai Masjid Tunku Azizah Iskandar sempena nama baginda.

Bekalan ayam mencukupi sehingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara masih dijangka mencukupi sehingga menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri akhir bulan depan.
![AWANI 7:45 [26/03/2023] - Peringatan kepada ahli politik | Tak percaya didera AWANI 7:45 [26/03/2023] - Peringatan kepada ahli politik | Tak percaya didera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015742/34324862771679837297531_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [26/03/2023] - Peringatan kepada ahli politik | Tak percaya didera
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar Tumpuan #AWANI745 malam ini: Sultan Selangor ingatkan ahli politik jangan guna agama nak raih populariti Kaki tiga beradik dirantai demi keselamatan, dakwa kakak suspek Anthony Loke sanggah kritikan, tegaskan tiada lantikan politik dalam GLC Polemik lawatan PM ke Arab Saudi, pembangkang kemuka usul di Parlimen #AWANInews

#AWANIByte : Lebuhraya DASH - Laluan Alternatif Elakkan Kesesakkan
Penjimatan masa perjalanan sehingga 70% dari Puncak Perdana menuju ke Kuala Lumpur berbanding laluan sedia ada, Lebuhraya DASH terbukti laluan alternatif baharu yang berkesan bagi mengelak kesesakan. Dibina 90% secara bertingkat, dengan pelbagai ciri binaan unik termasuk penghadang bunyi lebuh raya kepungan penuh pertama di Malaysia, Lebuhraya DASH adalah antara lebuh raya paling canggih di negara ini

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland
Gandingan negara itu tunduk kepada pasangan Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin dari China malam ini.

Presiden Joe Biden isytihar darurat di Mississippi, lulus bantuan kecemasan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengisytihar darurat di Mississippi dan meluluskan bantuan kecemasan bagi membiayai bantuan kecemasan di daerah Carroll, Humphreys, Monroe dan Sharkey.

Laporan keberkesanan JKMPay dibentang dalam masa terdekat - Nancy
Laporan kajian keberkesanan Pembayaran Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tanpa Tunai atau JKMPay akan dibentangkan dalam masa terdekat.

Tiada masalah hentikan JKMPay sekiranya tiada manfaat
Tiada masalah untuk menghentikan pelaksanaan JKMPay sekiranya ia didapati tidak memberi manfaat kepada penerima.

Parlimen: Kajian rintis JKMPay akan dibuat selepas setahun
Pelaksanaan JKMPay di negeri lain akan ditangguhkan sehingga laporan kajian berkenaan dibentangkan.

Isu JKMPay, projek kerajaan terbengkalai antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Pertanyaan mengenai isu berkenaan akan dibangkitkan semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

KPWKM tangguh peluasan JKMPay sehingga kajian projek rintis selesai
Sesi dua hari di Dewan Perdana Nur, KPWKM Putrajaya bermula 24 Feb itu bertujuan memberi penerangan terhadap pelaksanaan program rintis JKMPay.

Hentikan pelaksanaan JKMPay - Ras Adiba
KPWKM digesa menghentikan pelaksanaan program rintis pembayaran bantuan kebajikan tanpa tunai, JKMPay, kata Ahli Dewan Negara Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi.