awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
Perolehan projek tentera : Beberapa syarikat terpilih 'dominasi' projek bernilai tinggi - SPRM
8,006 sukarelawan SPM dilantik tahun ini, tertinggi sejak 2023 - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan PAC: 'Rujuk Guan Eng kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan' - Ismail Sabri

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
15/07/2019
09:32 MYT
Laporan PAC: 'Rujuk Guan Eng kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan' - Ismail Sabri
ISMAIL SABRI: Saya mewakili blok pembangkang mengemukakan usul mesyuarat 36 (12) iaitu merujuk Ahli Dewan untuk dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana kenyataan yang mengelirukan sebelum ini. -Gambar fail
Pihak pembangkang mendesak agar Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana didakwa membuat kenyataan yang mengelirukan sebelum ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa Guan Eng telah mengelirukan Dewan Rakyat tahun lalu dengan kenyataan berhubung pulangan balik wang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang didakwa 'dirompak' kerajaan Barisan Nasional (BN).
Ia susulan pengesahan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bahawa tiada kehilangan wang berjumlah RM19.4 bilion dalam kutipan hasil cukai barang dan perkhidmatan (GST).
BACA: Kutipan GST RM19.4 bilion tidak hilang - Pengerusi PAC
BACA: Laporan PAC: Najib mahu Guan Eng dikenakan tindakan
“Saya mewakili blok pembangkang mengemukakan usul mesyuarat 36 (12) iaitu merujuk Ahli Dewan untuk dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana kenyataan yang mengelirukan sebelum ini.
“Pada 8 Ogos tahun lalu, Menteri Kewangan menuduh wang GST telah ‘dirompak’ oleh kerajaan BN dan ia adalah satu pembohongan selepas mendapat pengesahan oleh PAC.
“Pada masa sama, saya juga memohon agar perkara ini dibincang sebelum tamat sesi mesyuarat kali ini sebelum mesyuarat akan datang bermula pada Oktober,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Isnin.
Kata Ismail Sabri lagi, tindakan menuduh kerajaan terdahulu sebagai perompak adalah sangat serius dan tidak boleh dimaafkan.
Terdahulu, PAC mengesahkan hasil GST tidak dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembayaran Balik GST telah digunakan untuk membiayai perbelanjaan pengurusan dan pembangunan.
Pada masa sama, kerajaan sebelum ini telah terlebih anggar hasil GST bersih yang dikutip pada kadar 65 peratus daripada jumlah kutipan hasil GST.
Topic Berkaitan
#cukai barang dan perkhidmatan
#Dewan Rakyat
#GST
#Jawatankuasa Hak dan Kebebasan
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#Lim Guan Eng
#PAC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan