awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan pelajar diculik di Pandan Indah tular disiasat

Bernama
Bernama
15/01/2018
10:02 MYT
Laporan pelajar diculik di Pandan Indah tular disiasat
Kejadian didakwa berlaku apabila pelajar itu sedang menunggu bas di Jalan Pandan Indah pada 12 tengah hari sebelum dia dipercayai cuba diculik dua lelaki menaiki van putih. - Foto oleh pembaca Astro AWANI
Polis sedang menyiasat laporan cubaan menculik seorang pelajar lelaki tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah oleh dua lelaki menggunakan sebuah van berwarna putih yang tular dalam media sosial sejak Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Ampang ACP Hamzah Alias berkata pihaknya ada menerima laporan berhubung kes cubaan culik tersebut dan sedang meneliti perkara sebenar yang berlaku pada hari kejadian.
“Setakat ini tiada saksi atau rakaman kamera litar tertutup yang boleh membantu siasatan kes berkenaan.
"Bagaimanapun polis membuka siasatan kes ini mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu melarikan individu, untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Berdasarkan laporan polis, kejadian didakwa berlaku apabila pelajar itu sedang menunggu bas di Jalan Pandan Indah pada 12 tengah hari sebelum dia dipercayai cuba diculik dua lelaki menaiki van putih, namun berjaya melepaskan diri dan melaporkan kejadian itu kepada pihak sekolah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ampang
#culik
#media sosial
#pelajar
#polis
#siasatan
#van putih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan