KUALA LUMPUR: Dakwaan pemain muda bola sepak negara Muhammad Diniz Irwan, yang dilaporkan akan dihadapkan ke mahkamah di Jerman serta berisiko dipenjarakan susulan tunggakan yuran tahunan pembelajaran adalah tidak tepat.
Malah, tunggakan berjumlah EUR33,000 (RM163,874.69) sejak Oktober tahun lepas seperti dilaporkan media turut tidak sahih, sebaliknya tunggakan itu berjumlah EUR10,272.68 (RM50,960.11) dan ia sejak September tahun lepas, demikian menurut sumber.
"Jika tak bayar tunggakan itu kontrak sekolah akan ditamatkan dan beliau tidak boleh ke sana (masuk ke sekolah) bermula 1 Mei, melainkan dia melangsaikannya. Visa Diniz juga tidak boleh disambung dan dia kena balik Malaysia paling lewat pada 2 Jun depan," katanya kepada Bernama, hari ini.
BACA: Dari Kajang ke Jerman, Diniz sedia sahut cabaran baharu
Muhammad Diniz, 20, menyambung pelajaran selama dua tahun di European School RheinMain di Frankfurt setibanya di Jerman pada Februari tahun lepas, untuk mengejar impian menjadi seorang pemain bola sepak profesional.
Bekas pemain Selangor United yang pernah dipanggil ke kem latihan pusat skuad kebangsaan Bawah 18 Tahun (B-18) pada 2019 itu, mengembangkan potensinya di Jerman dengan beraksi bersama skuad simpanan Edersheim FC, namun difahamkan tanpa menandatangani kontrak profesional.
Akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan Muhammad Diniz, akan dihadapkan ke mahkamah di Jerman dalam masa terdekat dan berisiko dipenjarakan, jika gagal melangsaikan tunggakan yuran terbabit, sekali gus tidak dapat pulang ke Malaysia dan impian bergelar pemain profesional musnah.
Pada masa sama, sumber menjelaskan pihak sekolah tidak menyatakan di dalam surat pemberitahuan bahawa seseorang pelajar akan dihadapkan ke mahkamah atau dipenjarakan kerana kegagalan membayar tunggakan yuran.
Malah, sumber menegaskan sekolah tersebut merupakan sekolah swasta dan bukannya berstatus separuh kerajaan seperti dilaporkan akhbar berkenaan.
"Apa sahaja laporan pasal mahkamah dan penjara melibatkan kerajaan Jerman tidak boleh dibuat main-main. Undang-undang di sana tak boleh disalah erti dan diperguna untuk meraih simpati atau kepentingan individu," katanya.
Dalam pada itu, sumber mengesahkan yuran tahunan bagi tahun 2021/2022 sekitar jumlah yang sama dengan tahun 2020/2021.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 20 2021
Muhammad Diniz, 20, menyambung pelajaran selama dua tahun di European School RheinMain di Frankfurt setibanya di Jerman pada Februari tahun lepas. - Gambar fail/ Foto Limite Art
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
Laporan pemain muda berkelana di Jerman akan dipenjara tidak tepat
Akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan Muhammad Diniz, akan dihadapkan ke mahkamah di Jerman dalam masa terdekat.
Dari Kajang ke Jerman, Diniz sedia sahut cabaran baharu
Pemain bola sepak remaja, Muhammad Diniz Irwan sudah bersedia untuk ke Jerman tahun ini.