Laporan polis: Pemuda UMNO dakwa buku teks Sejarah Ting 4 dimanipulasi

Astro Awani
Mac 2, 2021 01:00 MYT
Muhamad Nur Aizat yakin ada usaha pihak tertentu yang sengaja mahu menafikan perjuangan tersebut. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO pada Isnin membuat laporan polis berhubung kandungan buku teks Sejarah Tingkatan Empat yang didakwa dimanipulasi pihak tertentu.
Laporan dibuat Exconya, Muhamad Nur Aizat Noor Azam, di Balai Polis Sri Petaling, yang mendakwa wujud unsur manipulasi ke atas kandungan buku tersebut yang telah diteliti pakar sejarah dan ahli akademik.
Menurutnya, tindakan itu telah menidakkan fakta asal.
"Ada unsur-unsur untuk mengagungkan pihak komunis, yang telah kita sama-sama, nenek moyang kita berjuang untuk menentang komunis sebelum kemerdekaan, sehinggalah habis kemerdekaan, 20 - 30 tahun, sampai komunis berjaya diusir daripada negara.
"Ini sejarah yg penting," katanya.
Tambahnya, terdapat juga usaha untuk menyembunyikan sejarah UMNO yang berjuang demi menuntut kemerdekaan.
BACA: Buku teks Sejarah Tingkatan 4 patuhi semua proses penerbitan - KPM
BACA: Buku teks Sejarah Tingkatan 4: Pelawaan dialog Maszlee hanya sandiwara - Exco Pemuda UMNO
Dia khuatir, tindakan yang disengajakan pihak-pihak tertentu itu akan menyebabkan generasi muda lupa akan perjuangan demi negara.
Beliau yakin dan percaya ada usaha pihak tertentu yang sengaja mahu menafikan perjuangan tersebut.
#Muhamad Nur Aizat Noor Azam #Balai Polis Sri Petaling #buku teks #sejarah #tingkatan 4 #komunis #manipulasi #Merdeka #laporan polis #UMNO #Pemuda UMNO