Berikut ialah intipati ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semasa melancarkan Laporan Tahun 2014 Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) di sini, malam ini.

*ETP menggariskan lima petunjuk utama pencapaian kerajaan bagi tempoh lima tahun bermula 2010 iaitu:

Pertama, pendapatan per Kapita Rakyat Malaysia telah meningkat daripada US$7,059 pada 2009 kepada US$10,426 pada 2014;

Kedua, nilai pelaburan kekal tinggi dengan pelaburan sebanyak RM142 bilion pada 2009 dan meningkat kepada RM228 bilion pada 2014;

Ketiga, 1.5 juta pekerjaan baru diwujudkan setakat 2014 dalam sektor-sektor Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) sejak 2010;

Keempat, lebih 5 juta rakyat lagi di kawasan luar bandar mendapat manfaat kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air bersih semenjak GTP dan ETP dilaksanakan;

Kelima, hampir 170,000 golongan miskin berjaya dibawa keluar dari kepompong kemiskinan, susulan kenaikan jumlah pendapatan mereka dalam tempoh 5 tahun ini.

* Aktiviti pelaburan di Pengerang Integrated Complex dengan nilai pelaburan mencecah US$27 bilion menjelang 2019 dan mampu menyedia sehingga 4,000 peluang pekerjaan kepada rakyat.

* Pembinaan jalan sepanjang 242 kilometer siap dibina, 6,000 rumah menerima bekalan air bersih, 13,000 keluarga mendapat bekalan elektrik dan 5,500 kediaman baharu siap dibina.

* Sebanyak 307 buah Klinik 1Malaysia ditubuhkan di seluruh negara sejak 2010, yang meliputi kawasan bandar dan luar bandar dengan membawa manfaat kepada lebih 15.8 juta kes pendaftaran.

* Sebanyak 7 juta isi rumah rakyat Malaysia nikmati Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM).

* Sebanyak 161 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KRIM) diwujudkan sejak 2010 yang menawarkan harga barangan antara 15 hingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

* Lebih 5 juta rakyat luar bandar mendapat kemudahan seperti jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik sejak 2010.

* Jalan raya luar bandar sepanjang 4,553 kilometer dibina antara 2010 dan 2014.

* Perkhidmatan Bus Rapid Transit atau BRT Sunway Line oleh Prasarana Malaysia Berhad dijangka siap pada Jun 2015 untuk kemudahan 500,000 penduduk sekitar Subang Jaya dan Bandar Sunway.

* Projek Fasa 1 Program Peluasan Aliran LRT Ampang akan siap sepenuhnya pada Oktober 2015 dan bakal memberi kemudahan kepada penduduk sekitar Sri Petaling, Bukit Jalil dan Puchong.

* Hampir 170,000 orang daripada golongan miskin dapat manfaat daripada pelaksanaan program Akhiri Zaman Kemiskinan atau 1AZAM dan hampir 65,000 keluarga dibantu untuk pembangunan kapasiti dan kemahiran.

* Lebih RM100 juta bantuan yuran kepada hampir 130,000 pelajar prasekolah di institusi swasta dan dari golongan isi rumah berpendapatan rendah.

* Bantuan yuran sekolah berjumlah hampir RM7.5 juta dinikmati oleh lebih 3,000 kanak-kanak yang ditempatkan di pusat penjagaan kanak-kanak swasta.

* Sebanyak 13 buah sekolah lagi dikenal pasti sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada 2014 menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 128 buah.

* Kadar indeks jenayah negara di bawah GTP berjaya dikurangkan sebanyak 40 peratus dalam tempoh 5 tahun lepas.

* Kes kecurian kereta menurun kepada hampir 20 peratus pada 2014.

* Skor Indeks Persepsi di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Membanteras Rasuah meningkat daripada tangga ke-44 pada 2010, kepada tangga ke-52 pada 2014, daripada kalangan 175 buah negara.

* Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara antara paling tinggi dalam kalangan negara ASEAN dengan mencapai pertumbuhan 6 peratus berbanding anggaran 5.7 peratus oleh Bank Dunia.

* Sebanyak 64 peratus daripada jumlah pelaburan keseluruhan pada 2014 adalah oleh sektor swasta.

* Pencapaian ETP berasaskan pencapaian menyeluruh menjelang 2020 iaitu mencapai pendapatan perkapita rakyat sebanyak US$15,000, yang mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan dan memperoleh US$444 bilion nilai pelaburan.

* Projek MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang sehingga 2014, mendahului jadual dengan penyiapan 59 peratus dan dijangka beroperasi pada Julai 2017.

* Projek MRT memberi ruang pekerjaan kepada kira-kira 2,800 jurutera Malaysia, di mana 20 peratus daripadanya adalah jurutera muda.

* Projek pembersihan Sungai Kelang dan Sungai Gombak setakat 2014 adalah pada paras 53 peratus.

* Lapan loji rawatan air sungai dan empat loji rawatan air sisa siap dibina.

* Hampir 2,000 usahawan runcit memperoleh manfaat dengan menyertai program Transformasi Peruncit Kecil (TUKAR) di bawah NKRA Pemborongan dan Peruncitan sejak 2011.

* Jumlah pelancong yang melawat Malaysia meningkat sebanyak 6.7 peratus kepada hampir 28 juta sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

* Kerajaan meluluskan satu lagi ruang perniagaan mewah terbesar di Asia Tenggara berhampiran KLIA diberi nama 'Mitsui Outlet Park' yang akan beroperasi pertengahan tahun ini.

* Inisiatif Produk Herba Bernilai Tinggi membantu melonjak nilai produk seperti herba tongkat ali hingga mencecah RM2,800 sekilogram selepas proses piawaian.

* Jumlah pekerja mahir ditingkatkan kepada 50 peratus daripada jumlah tenaga kerja negara menjelang 2020.

* Tenaga kerja wanita akan ditingkatkan kepada 55 peratus menjelang akhir 2015 dan 30 peratus penyertaan wanita pada peringkat pembuat keputusan menjelang 2016

* Hampir RM48 bilion peluang perniagaan, pembiayaan dan pendidikan diwujudkan untuk komuniti Bumiputera sehingga kini.

* Program meningkatkan akses Bumiputera kepada pembiayaan dan pasaran iaitu Dana Teras sebanyak RM2 bilion, Dana Halal (RM580 juta), dan pelaksanaan Skim Jejak Jaya Bumiputera.

* KPI keseluruhan bagi NKRA menjangkau 105 peratus manakala bagi keseluruhan NKEA pula melebihi sasaran yang dijangka dan berada pada kadar 110 peratus.

* Laporan Indeks Kemudahan Menjalankan Perniagaan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia meletakkan Malaysia di kedudukan ke-18, berbanding pada kedudukan ke-20 sebelumnya.

* IMD World Competitiveness Yearbook 2014, melaporkan kedudukan Malaysia meningkat kepada kedudukan ke-12 daripada tangga ke-15.