MALAYSIA
Laporan teknikal nahas FRU boleh diakses pada Khamis
Keadaan lori Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan berat membawa muatan batu pada 13 Mei. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Laporan teknikal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) mengenai nahas trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang meragut nyawa sembilan anggota boleh diakses orang awam mulai Khamis.
Ringkasan AI
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata laporan itu boleh dimuat turun daripada laman sesawang Kementerian Pengangkutan.
"Ini adalah laporan awal sebelum laporan penuh, diharap laporan ini boleh dijadikan rujukan umum, memberikan ruang kepada orang awam untuk mengetahui fakta kes berkenaan.
"Serta menyediakan platform kepada para penyelidik khususnya pakar keselamatan jalan raya sama ada dalam bidang mekanikal untuk melihat segala fakta yang melibatkan kemalangan itu.
"Dengan ini, kajian mendalam boleh dibuat untuk melihat kepada isu keselamatan jalan raya," jelas Loke dalam sidang media di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam kejadian 13 Mei, sembilan anggota maut manakala sembilan lagi cedera selepas trak FRU dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan.
Mereka dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Sungai Senam di Ipoh, Perak.
Ringkasan AI
- Laporan awal teknikal oleh JPJ dan Puspakom mengenai nahas trak FRU yang meragut sembilan nyawa boleh diakses orang awam mulai Khamis melalui laman web Kementerian Pengangkutan.
- Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menyatakan laporan ini bertujuan memberi kefahaman kepada umum dan menjadi rujukan kepada penyelidik serta pakar keselamatan jalan raya.
- Nahas berlaku pada 13 Mei di Jalan ChikusSungai Lampam, Teluk Intan, melibatkan trak FRU dan lori muatan batu, ketika anggota FRU dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Ipoh, Perak.