[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
NATIONAL

Laporan trafik hari kedua Tahun Baru Cina

Astro Awani 11/02/2013 | 08:13 MYT
Lebuh Raya Utara-Selatan keseluruhannya setakat ini termasuk trafik di jambatan Pulau Pinang masih lagi lancar.
Begitu laporan yang diberikan oleh Halim Ali, Pembantu Operasi PLUS Malaysia Berhad kepada Astro Awani hari ini.
Menurutnya lagi, lebuhraya di link kedua yang menuju ke arah selatan kelihatan lancar.
Trafik dijangka sesak pada hari Selasa, kerana kebanyakan warga kota akan pulang ke kota pada hari tersebut.
Halim juga melaporkan yang PLUS masih lagi memantau keadaan trafik di lebuhraya- lebuhraya utama sehingga kini.
Akhir sekali, Halim menasihati para pemandu semua agar mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan oleh PLUS dan berhenti rehat di hentian R & R yang disediakan jika perlu.
#laporan trafik #Lebuhraya Utara-Selatan #PLUS #Tahun Baru Cina