GADGETS

Lara Croft klasik kembali dalam dua permainan Tomb Raider baharu

Amanz 14/12/2025 | 04:45 MYT
Legacy of Atlantis merupakan olahan semua permainan asal dengan Lara mengenakan rekaan baju klasiknya, manakala Catalyst pula merupakan kesinambungan trilogi Tomb Raider sebelum ini. -Foto Amanz
TAHUN 1996 ialah tahu kelahiran permainan video Tomb Raider dengan watak protagonis Lara Croft.


Ringkasan AI
  • Permainan video Tomb Raider, yang muncul pada 1996 dengan Lara Croft sebagai protagonis, kini akan diperbaharui dengan dua permainan baharu, iaitu Tomb Raider: Legacy of Atlantis dan Tomb Raider: Catalyst.
  • Legacy of Atlantis merupakan olahan semua permainan asal dengan Lara mengenakan rekaan baju klasiknya, manakala Catalyst pula merupakan kesinambungan trilogi Tomb Raider sebelum ini.
  • Pelancaran Tomb Raider: Legacy of Atlantis dijadualkan pada 2026, sementara Tomb Raider: Catalyst dijangka akan tiba pada 2027.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Populariti permainan ini adalah di peringkat global sehingga tiga filem aksi nyata dihasilkan, tetapi kini Lara Croft seakan dilupakan.

Sempena ulang tahun ke-30 tahun depan, dua permainan baharu telah diumumkan baru-baru ini.

Dua permainan ini ialah Tomb Raider: Legacy of Atlantis dan Tomb Raider: Catalyst yang dibangunkan oleh Crystal Dynamics dan diterbitkan pula oleh Amazon Game Studios.

Tomb Raider: Legacy of Atlantis ialah olahan semua permainan asal Tomb Raider. Pemain boleh mengawal Lara Croft dengan beliau menggunakan semula rekaan baju berwarna biru pirus, seluar pendek, beg sandang kecil dan dua pistol secara akimbo.

Ini ialah olahan kedua permainan asal selepas Tomb Raider: Anniversary yang diterbitkan pada tahun 2007.


Tomb Raider: Catalyst pula ialah kesinambungan kepada trilogi Tomb Raider yang tamat pada tahun 2019.

Watak Lara kelihatan lebih berusia dengan beliau mengekalkan perwatakan trilogi dan akhirnya boleh menggunakan dua pistol serentak.

Tidak banyak maklumat dikongsi mengenai cerita tetapi Tomb Raider: Catalyst akan dilancarkan pada tahun 2027, manakala Tomb Raider: Legacy of Atlantis pula pada tahun 2026. -Amanz




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah dua permainan baharu yang diumumkan sempena ulang tahun ke-30 Tomb Raider?
    A: Tomb Raider: Legacy of Atlantis dan Tomb Raider: Catalyst.
  • Q: Siapakah pembangun dua permainan baharu Tomb Raider yang diumumkan?
    A: Crystal Dynamics dan diterbitkan oleh Amazon Game Studios.
  • Q: Apakah perbezaan antara Tomb Raider: Legacy of Atlantis dengan Tomb Raider: Catalyst?
    A: Tomb Raider: Legacy of Atlantis adalah olahan semua permainan asal Tomb Raider, manakala Tomb Raider: Catalyst adalah kesinambungan trilogi Tomb Raider yang tamat pada tahun 2019.
  • Q: Bila jangkaan pelancaran bagi Tomb Raider: Legacy of Atlantis dan Tomb Raider: Catalyst?
    A: Tomb Raider: Legacy of Atlantis dijangka dilancarkan pada tahun 2026, manakala Tomb Raider: Catalyst dijangka dilancarkan pada tahun 2027.



#Tomb Raider #Lara Croft #Legacy of Atlantis #catalyst