KOTA KINABALU: Tindakan mengenakan sekatan eksport bukanlah penyelesaian terhadap isu kenaikan harga barangan pengguna di Malaysia dan tidak harus dilihat sebagai langkah jangka panjang bagi mengatasi masalah tersebut, kata ahli ekonomi utama Kumpulan Bank Dunia, Dr Apurva Sanghi.
Menurutnya, biarpun langkah itu dapat mengawal kenaikan harga, namun tindakan yang berpanjangan boleh menjejaskan negara serta ekonomi rakyat, sekali gus mengundang lebih banyak kesan buruk berbanding kebaikan.
Beliau turut memberi contoh larangan eksport ayam telah mencetuskan kesan domino termasuk kekurangan bekalannya di Singapura dan terdapat laporan media mengenai hasrat negara itu mendapatkan sumber bekalan dari negara lain seperti Brazil.
"Larangan eksport itu (berkemungkinan) membantu mengawal harga dan meningkatkan bekalan seperti ayam, tetapi pengeluar Malaysia sebaliknya akan dinafikan dari segi mendapat peluang pasaran lebih besar serta harga lebih tinggi terhadap produk mereka.
"Apabila dinafikan daripada meraih manfaat harga lebih tinggi, mereka akan bertindak mengurangkan pelaburan di peringkat domestik.
"Selain itu, terdapat golongan miskin yang bergantung kepada usaha penternakan yang turut terjejas dengan kesan harga rendah itu sebaliknya ditenggelamkan oleh masalah penurunan pendapatan mereka. Purata pendapatan isi rumah dalam aspek penternakan di Malaysia adalah kurang berbanding dengan B40 yang lebih lazim," katanya pada sidang media secara dalam talian hari ini.
Sidang media itu diadakan bersempena dengan pelancaran Laporan Tinjauan Ekonomi Malaysia bertajuk 'Catching Up: Inclusive Recovery and Growth for Lagging States' yang dijadualkan pada 16 Jun ini di Kota Kinabalu.
Turut hadir pada sesi sidang media itu ialah Pengurus Negara Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Yasuhiko Matsuda.
Mengulas selanjutnya, Sanghi menegaskan penyelesaian masalah kenaikan harga makanan itu juga bukanlah mudah.
Namun, katanya, sebarang tindakan yang menumpukan usaha bagi meningkatkan pengeluaran makanan, menggalakkan jaminan makanan serta memanfaatkan pendigitalan dapat membantu Malaysia menangani isu harga terbabit.
Menurutnya apa yang menarik, 88 peratus daripada projek-projek pertanian di negara ini menumpukan beras dan berkaitannya, namun 40-45 peratus daripada subsidi itu lebih kepada pengimportan beras manakala usaha pengeluarannya di Malaysia semakin susut.
"Oleh itu, peruntukan terhadap subsidi berkaitan perlu diteliti," katanya.
Krisis ketenteraan di Ukraine juga membuktikan keperluan bagi Malaysia mencari alternatif untuk produk yang terjejas seperti baja untuk mengurangkan kos pengeluaran makanan, kata beliau.
Sementara itu, Matsuda pula menyifatkan pelaburan dalam prasarana awam dan modal insan sebagai amat penting bagi membolehkan negeri-negeri seperti Sabah dan Kelantan kembali pulih, khususnya dari segi ekonomi dalam era pasca-pandemik.
Beliau berkata, Sabah pada masa ini merupakan pengeluar hasil tani dan mampu mempelbagaikan usaha dalam tempoh jangka panjang, termasuk perindustrian yang dapat menarik lebih banyak pelaburan asing.
"Sebagai contoh, terdapat peluang pelaburan dari China pada masa ini, namun adakah negeri ini bersedia menjadi sebuah destinasi pelaburan?
"Pelaburan dalam prasarana awam dan modal insan, terutama pendidikan adalah penting dan merupakan persoalan dasar yang utama untuk kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 13 2022
Larangan eksport mungkin membantu mengawal harga dan meningkatkan bekalan seperti ayam, tetapi pengeluar Malaysia sebaliknya akan dinafikan dari segi mendapat peluang pasaran lebih besar. - Gambar hiasan
Lelaki warga Myanmar maut dalam pergaduhan
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah dipercayai ditikam dan dipukul pada bahagian kepala.
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu menegaskan pihaknya kesal dan memandang serius terhadap perkara itu.
AWANI 7:45 [27/04/2024] - Siasatan sama ada Tun M salah guna kuasa | Jangkaan persaingan sengit | FFC umum tangguh misi | Mesyuarat khas dua hari
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
Piala Thomas: Jangan pandang mudah Malaysia - Antonsen
Walaupun Malaysia membariskan skuad perseorangan kurang 'menyengat', Anders Antonsen masih menjangkakan saingan sengit.
Budak lima tahun cedera jatuh dari tingkat tiga flat
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di Flat Taman College Height pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Kasino di Forest City
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Gesaan dari seluruh dunia untuk satu gencatan senjata semakin meningkat dengan serangan ke atas Gaza kini memasuki bulan ketujuh.
World Economic Forum berbeza dari kelaziman
Lazimnya World Economic Forum (WEF) akan berlangsung setiap musim sejuk di Davos, Switzerland, lokasi lahirnya forum berprestij dunia ini sejak lebih lebih dekad lalu.
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Pemain Astro Kem Badminton 2024 berpeluang berlatih di bawah jurulatih BAM
Wan Wah menjelaskan pemain-pemain yang dipilih akan menjalani latihan intensif itu di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
#AWANI745
#AWANI745
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
KPKM jamin bekalan makanan keperluan Aidilfitri mencukupi
Pihak kementerian memberi jaminan bekalan daging, ayam dan sayur sayuran cukup sepanjang sambutan Aidilfitri.
ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.
UAE umum ketibaan kapal pertama bawa bantuan di Gaza
Bantuan itu dihantar melalui koridor maritim yang dilancar dari Pelabuhan Larnaca di Cyprus ke Gaza dengan kerjasama UAE, World Central Kitchen (WCK) dan Cyprus.
KPKM bersedia hadapi kesan El Nino terhadap sektor agromakanan
Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, persediaan untuk menghadapi fenomena itu dilakukan oleh agensi di bawah KPKM antaranya MADA, KADA dan IADA.
Anggota keselamatan hantar bantuan banjir di utara Bolivia
Pihak berkuasa tiba di lokasi yang terputus akses akibat banjir dengan menggunakan perahu dan berjaya mengagihkan bekalan.
Amnesty International, OIC desak siasatan segera terhadap serangan bantuan di Gaza
Amnesty International menggesa siasatan segera terhadap pembunuhan lebih 100 rakyat Palestin yang menunggu bekalan makanan di Gaza oleh tentera Israel.
Tiada konvoi bantuan PBB sampai ke utara Gaza sejak 23 Januari
UNRWA mempunyai bekalan makanan di sempadan dengan Gaza yang mampu memenuhi keperluan sehingga 2.2 juta penduduk di seluruh Semenanjung Gaza.
Makanan di Gaza tak mencukupi - Agensi PBB
UNRWA memberi amaran bahawa peningkatan aktiviti ketenteraan Israel di Rafah boleh menjejaskan penghantaran bantuan ke Gaza sekali gus memburukkan lagi penderitaan penduduk Palestin.
JAKOA pastikan bekalan makanan Orang Asli terjejas banjir sentiasa cukup
Sehingga kini terdapat tiga Kampung Orang Asli di Mersing dan enam di Kluang yang terjejas hubungan susulan banjir.
Banjir: Pemuda Amanah aktifkan pusat kumpul bekalan makanan
Pusat yang beroperasi 24 jam itu memerlukan segera beberapa barangan keperluan seperti lampin pakai buang, air mineral dan selimut.