JEMPOL: Orang ramai dinasihatkan untuk bersabar dan tidak melakukan aktiviti merentas negeri menjelang sambutan Aidiladha Selasa ini.
Tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri ismail Sabri Yaakob, ini kerana masyarakat seharusnya mengambil iktibar susulan penularan COVID-19 yang berlaku semasa sambutan Aidilfitri lalu sehingga mencetuskan 36 kluster hari raya.
Mengulas mengenai larangan merentas negeri menggunakan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) selama empat hari bermula hari ini, beliau berkata tindakan itu diambil kerana ada individu menyalahguna surat berkenaan untuk pulang ke kampung.
Kata beliau, keputusan diumumkan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani malam tadi berhubung larangan itu adalah bagi memastikan penularan sama tidak tercetus dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian wabak berkenaan.
"Saya fikir semua orang sudah mula bercuti hari ini (sempena Hari Raya Aidiladha), pada Hari Raya Aidilfitri lalu, beratus ribu (individu) dengan pelbagai alasan termasuk menggunakan surat kebenaran merentas negeri untuk bekerja.
"Mungkin ada yang menggunakan 'kecekapan' mereka menipu polis dengan merentas negeri melalui jalan kebun kelapa sawit dan sebagainya tetapi anda tidak boleh menipu COVID-19," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
BACA: Polis tidak terima surat MITI untuk rentas negeri sehingga 21 Julai
Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu di Dewan Pejabat Daerah Jempol, Bandar Seri Jempol di sini pada Ahad.
Acryl Sani dalam kenyataannya malam tadi memaklumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menerima dokumen MITI sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh empat hari mulai 18 hingga 21 Julai ini.
Ia susulan pihaknya mengesan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya untuk tempoh dua hari kebelakangan ini.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri memohon semua pihak bersabar sehingga imuniti kelompok di negara ini dapat dicapai menjelang November nanti, bagi membolehkan mereka pulang ke kampung halaman masing-masing.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Jul 18 2021

Ismail Sabri (dua kanan) melihat proses suntikan vaksin COVID-19 secara pandu lalu ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pejabat Daerah dan Tanah, Bandar Seri Jempol, hari ini. - Foto BERNAMA

PM Singapura bentang belanjawan negara, tumpu pertumbuhan fasa seterusnya
Belanjawan itu bertujuan untuk membina momentum bagi fasa pertumbuhan negara yang seterusnya ketika Singapura menyambut kemerdekaan ke-60 tahun ini.
Lebih 24,000 pembayar cukai guna sistem e-invois
Seramai 24,700 pembayar cukai telah menggunakan sistem e-invois yang melibatkan pengeluaran sekitar 173 juta e-invois bermula dari Fasa pertama pada 1 Ogos, 2024, sehingga 13 Februari 2025.
Senjata api: Undang-undang mencukupi, pertingkat usaha kesan penyeludupan
Kawalan di sempadan perlu dipertingkatkan namun ia memberi cabaran kepada pihak berkuasa khususnya kerana ia memerlukan tenaga sumber manusia yang ramai.
Tahap kesedaran awam tentang kewujudan IPCC masih rendah
Menurut Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Dr Haezreena Begum Abdul Hamid, ini kerana masih wujud segelintir masyarakat yang tidak jelas mengenai IPCC dan cara menyalurkan aduan yang tepat.
Saksi tidak pernah lihat Zayn Rayyan bermain di taman
Saksi yang juga seorang suri rumah itu berkata, dia tidak mengetahui faktor utama mengapa kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) itu tidak pernah bermain di luar rumah.
Hakim tolak permohonan Naimah Khalid
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan isteri bekas menteri kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin bagi merujuk persoalan undang-undang mengenai kesahihan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta yang dihadapinya ke mahkamah tinggi.
Kes Bunuh Zulfarhan: Peguam Hujah Mahkamah Rayuan Terkhilaf jatuhkan hukuman gantung
Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan enam tertuduh dalam kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain. Barisan peguam yang mewakili tertuduh mengemukakan hujahan bahawa hukuman gantung tidak sepatutnya dikenakan terhadap anak guam mereka.
Saksi kongsi detik cemas pesawat terbalik
Pete Carlson, salah seorang penumpang yang terlibat dalam insiden pesawat Delta Air Lines terbalik tampil menceritakan detik cemas ketika insiden itu berlaku di lapangan terbang Toronto. Kata beliau, sukar untuk menyatakan perasan apabila secara tiba-tiba melihat pesawat terbalik sekelip mata.
Delta Airlines siasat insiden pesawat terbalik
Syarikat penerbangan Delta Airlines pada Isnin memaklumkan bahawa mereka masih dalam proses mendapatkan maklumat lanjut susulan insiden melibatkan pesawat milik syarikat itu yang dilaporkan terbalik ketika mendarat di sebuah lapangan antarabangsa di Kanada.
Perkembangan positif' untuk rundingan fasa kedua - Qatar
Qatar pada Selasa melaporkan adanya "perkembangan positif" untuk memulakan rundingan fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza antara Israel dan Hamas

Polis tidak terima surat MITI untuk rentas negeri sehingga 21 Julai
Polis mengesahkan tidak lagi menerima dokumen kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai kelulusan pergerakan yang sah untuk merentas negeri.