KUALA LUMPUR: Isu larangan laungan takbir pada penganjuran perhimpunan aman Freedom for Palestine di Dataran Merdeka, Ahad lalu bukan merupakan pendirian kerajaan.
Sebaliknya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, pendirian kerajaan adalah jelas dengan mengiktiraf perjuangan rakyat Palestin.
"Kalau himpunan yang dihadiri oleh 300 hingga 400 orang itu yang dianjur oleh satu pertubuhan, kemudiannya dikatakan mengenakan apa-apa sekatan, boleh atau tidak boleh itu harus dilihat secara fakta kejadian pada masa itu.
"Soal dibenarkan atau tidak dibenarkan, takbir dan sebagainya saya tidak fikir itu isu utamanya. Saya Muslim, takbir maknanya melaungkan kebesaran Allah, tidak ada khilaf antara kita.
“Halnya adalah bagaimana penganjur itu mengikut budi bicara itu dan kefahaman mereka. (Ahli Parlimen) Machang boleh anjurkan 10,000 hingga 20,000 peserta esok, takbirlah kalau saya ada masa, saya akan ikut serta, dan saya akan takbir sekuat-kuatnya," katanya di Dewan Rakyat di sini, pada Selasa.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) mengenai isu larangan laungan takbir oleh penganjur Fredom With Palestine.
Ahad lalu, penganjur perhimpunan aman ‘Freedom for Palestine’ di Dataran Merdeka iaitu Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM), Datuk Dr Musa Mohd Nordin menerima kecaman apabila peserta yang hadir didakwa ditegah bertakbir dan larangan membawa plakad tertentu.
Ketika perhimpunan, segelintir peserta antaranya membawa plakad memaparkan wajah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan slogan ‘Netanyahu Penjenayah Perang’.
Pada Isnin, Dr Musa tampil memohon maaf kepada semua pihak ekoran penganjuran himpunan aman itu yang tidak menimbulkan ketidakpuasan hati pelbagai pihak.
Dia dipetik berkata, beliau amat memahami terdapat beberapa pihak yang kurang berpuas hati dengan cara penganjuran perhimpunan berkenaan.
Umavathi Ramayah
Tue Oct 24 2023
Saifuddin menegaskan larangan melaungkan takbir dalam himpunan itu bukan merupakan pendirian kerajaan. - Foto Japen
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Netanyahu beri keterangan di mahkamah kes rasuah, pecah amanah
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media.
Tentera Israel serang lebih 250 sasaran ketenteraan di Syria
Sumber keselamatan Israel memberitahu tentera negara itu telah melaksanakan salah satu operasi serangan terbesar dalam sejarah tentera udara mereka di Syria.
Israel ambil langkah elak timbul ancaman selepas kejatuhan Assad - Benjamin Netanyahu
Israel ketika ini sedang mengambil langkah bagi mengelakkan sebarang ancaman yang mungkin timbul akibat kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
Bekas Menteri Pertahanan Israel beri amaran pembersihan etnik di Gaza
Kabinet kanan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dikatakan sedang mencari jalan mengeluarkan rakyat Palestin dari utara Gaza.
Makin kuat desakan dunia, lagi cepat Netanyahu diheret ke ICC - Syed Ibrahim
Jangan putus harapan dan terus yakin bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pasti akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan jenayah perang.
Netanyahu sedia terima gencatan senjata di Gaza, tetapi bukan penamat perang
Gencatan senjata di Gaza buka peluang pembebasan tawanan dan Israel masih berhasrat meneruskan perang dengan Hamas.
Mungkin kena Perang Dunia Ketiga baru Netanyahu dihukum - Penganalisis
Hanya Perang Dunia Ketiga yang mampu membawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan jenayah perang.
Israel rayu kepada ICC berhubung waran tangkap terhadap Netanyahu
Israel "menafikan kuasa" ICC dan Hague "dan kesahihan waran tangkap" terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant.
Israel lancar serangan udara di tengah Lubnan
Israel lancar serangan Udara yang memusnahkan sebuah bangunan berhampiran Jalan Hamra di tengah Beirut pada Selasa.