awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kelantan hargai arahan Perdana Menteri percepat penggantian titi gantung Lata Rek
'Green lab' bakal disediakan di sekolah rendah di Alor Gajah
Reman suspek kes letupan di Nilai disambung seminggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Larangan merokok di premis masih terpakai, 3,419 notis telah dikeluarkan setakat ini - KKM

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
26/10/2021
11:18 MYT
Larangan merokok di premis masih terpakai, 3,419 notis telah dikeluarkan setakat ini - KKM
Sebanyak 3,419 notis kesalahan merokok di premis makan telah dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018 sejak Januari sehingga 24 Oktober 2021. - Facebook KKM
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan larangan merokok di semua premis makanan masih terpakai sehingga kini dan aktiviti penguatkuasaan masih dijalankan dari semasa ke semasa di seluruh negara.
Menterinya, Khairy Jamaluddin memberitahu, sebanyak 3,419 notis kesalahan merokok di premis makan telah dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018 sejak Januari sehingga 24 Oktober 2021.
“Individu yang didapati merokok di kawasan larangan termasuk di tempat makan akan dikenakan kompaun sebanyak RM250.
“Individu yang melakukan kesalahan pertama boleh dikurangkan kompaun kepada RM150 jika pembayaran dijelaskan di mana-mana pejabat kesihatan daerah dalam tempoh satu bulan daripada tarikh izin kompaun diterima.
“Manakala, bagi kesalahan kedua, tiada pengurangan kompaun diberikan dan bayaran penuh kompaun sebanyak RM250 akan dikenakan.
“Kompaun lebih tinggi iaitu sebanyak RM350 akan dikenakan bagi mereka yang melakukan kesalahan kali ketiga dan seterusnya,” tegas Khairy dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sumber Facebook kementeriankesihatanmalaysia
Selain itu, Khairy turut menegaskan bahawa jumlah notis tersebut termasuk aktiviti penguatkuasaan larangan merokok di Kepong oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kepong pada 23 Oktober lalu.
“Dalam operasi itu, sebanyak 20 notis kesalahan di bawah Seksyen 32B telah dikeluarkan melibatkan 15 kesalahan merokok di tempat makan dan lima kesalahan dikenakan ke atas tuan punya premis.
“Ia kerana mereka gagal mempamerkan tanda larangan merokok dan memastikan tiada orang merokok di premis masing-masing.
“KKM juga menegaskan bahawa sebanyak 41 notis kesalahan juga telah dikeluarkan bagi kesalahan merokok di kompleks beli belah.
“Di Johor Bahru pula, sebanyak 30 notis kesalahan telah dikeluarkan melibatkan 23 kesalahan merokok di tempat makan dan tiga kesalahan dikenakan ke atas tuan punya premis.
“Operasi penguatkuasaam oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor pada 25 Oktober itu turut keluarkan 4 notis kesalahan bagi kesalahan merokok di tempat larangan lain,” jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#larangan merokok
#premis makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan