awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Larangan pembakaran terbuka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Bernama
Bernama
20/03/2020
14:37 MYT
Larangan pembakaran terbuka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
Jabatan Alam Sekitar berkata dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan itu juga, stesen pengawasan kualiti udara beroperasi seperti biasa. - Gambar hiasan
Pembakaran terbuka adalah dilarang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan keadaan cuaca panas dan kering ketika ini, demikian tegas Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini.
JAS, dalam kenyataan, berkata ia akan terus membuat rondaan harian ke kawasan yang berisiko tinggi dan mereka yang disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 29(A) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
JAS berkata dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan itu juga, stesen pengawasan kualiti udara beroperasi seperti biasa.
Data Indeks Pencemar Udara (IPU) boleh didapati di laman sesawang JAS iaitu http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar rasmi MyIPU di Android 'Google Play' dan Apple 'App store', katanya.
IPU yang direkodkan di laman web JAS pada jam 1 tengah hari ini menunjukkan 18 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik, 50 kawasan pada tahap sederhana dan tiada kawasan mencatatkan bacaan status kualiti udara pada tahap tidak sihat.
JAS turut meminta orang ramai bekerjasama untuk memadam kebakaran kecil serta melaporkan kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan di talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#cuaca panas
#Data Indeks Pencemar Udara IPU
#Jabatan Alam Sekitar JAS
#perintah kawalan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan