awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Larangan rokok di premis makanan di Sabah mulai esok

Bernama
Bernama
31/01/2019
14:19 MYT
Larangan rokok di premis makanan di Sabah mulai esok
Apabila semua masyarakat sedar akan pentingnya menjaga kesihatan, maka jumlah perokok ini akan berkurangan. - Gambar hiasan
Penduduk Sabah diyakini sudah bersedia dengan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan yang bermula esok (Jumaat), kata Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Sabah, Norazlinah Arif.
Beliau berkata sejak penguatkuasaanya dilaksana di peringkat pusat pada 1 Jan lalu, penduduk Sabah khususnya belia, turut mengambil inisiatif merokok di luar premis makanan dengan jarak tiga meter dari premis seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan.
"(tidak dinafikan) Wujud rungutan perokok terbeban dengan larangan tersebut tetapi rungutan ini hanya bersifat peribadi, dan rata-rata perokok ini ada yang bersetuju atas dasar melihat kepentingan hidup bermasyarakat," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina bagi daerah Kunak dan Semporna di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Norazlinah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kunak, percaya penguatkuasaan itu akan mengurangkan jumlah perokok di negeri ini.
"Saya yakin apabila semua masyarakat sedar akan pentingnya menjaga kesihatan, maka jumlah perokok ini akan berkurangan dan dapat menyedarkan kesan kesihatan ke atas perokok pasif seperti golongan ibu dan kanak-kanak," katanya lagi.
Mengulas mengenai program hari ini, Norazlinah mahu semua premis perniagaan mematuhi harga barang kawalan yang ditetapkan dan tidak memanipulasi harga dan jika didapati terdapat salah laku berkaitan harga, masyarakat diminta untuk melaporkan kepada pihak berwajib.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#larangan
#larangan merokok
#Masyarakat
#penguatkuasaan
#Sabah
#tabiat merokok
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan