awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Larangan wakil rakyat ceramah di masjid, surau di Perak elak perpecahan - Mufti

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
06/01/2023
10:52 MYT
Larangan wakil rakyat ceramah di masjid, surau di Perak elak perpecahan - Mufti
Larangan wakil rakyat berceramah di masjid dan surau di Perak walaupun mempunyai tauliah sebelum ini bertujuan mengelakkan perpecahan dalam kalangan umat Islam, kata Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wah Teh.
KUALA KANGSAR: Larangan wakil rakyat berceramah di masjid dan surau di Perak walaupun mempunyai tauliah sebelum ini bertujuan mengelakkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.
Perpecahan yang berlaku lazimnya pula akan membawa kepada kerosakan.
Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wah Teh berkata, kehidupan atau nyawa parti politik menekankan kepada perbezaan untuk menghadapi pilihan raya.
Bagaimanapun, kata beliau, sebaik proses pilihan raya selesai, semua pihak harus kembali kepada asal-usul sebagai umat Islam dengan bersatu padu.
“Jadi wadah yang paling sesuai sekali untuk bersatu padu, untuk melupakan perbezaan-perbezaan itu ialah masjid dan surau kerana menurut Ahli Sunnah Waljamaah, Waliulamri ataupun Sultan itu adalah merupakan tunggak kepada perpaduan, persatuan ummah,” kata Wan Zahidi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Liq Fikri bersama Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI), Datuk Nooh Gadot dan Mufti Perak di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di sini, pada Jumaat.
Program dipengerusikan Felo Pusat Pengajian Islam Oxford & Ahli Lembaga Pengarah USAS, Datuk Afifi Al-Akiti.
Menurut Wan Zahidi, larangan itu bukan sahaja terpakai ke atas wakil rakyat pembangkang, malah turut terpakai kepada wakil rakyat kerajaan.
Jelasnya, larangan itu berkuatkuasa di semua masjid dan surau yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).
Baru-baru ini, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau wakil rakyat yang mempunyai tauliah daripada JAIPk dilarang memberi ceramah di masjid dan surau di seluruh negeri itu.
Penegasan itu dikeluarkan ekoran garis panduan dalam pekeliling yang dikeluarkan JAIPk selaras dengan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengenai larangan terhadap orang politik.
Topic Berkaitan
#wakil rakyat
#ceramah di masjid
#Mufti Perak
#Wan Zahidi Wah Teh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan