KUALA LUMPUR: Keputusan tidak membenarkan warga asing memandu treler di negara ini dibuat selaras dengan pendirian kerajaan dalam menitikberatkan aspek keselamatan di jalan raya, kata Pengerusi Persatuan Keselamatan Jalanraya dan Pengangkutan Malaysia (MRTSA) Nik Salim Nik Salleh
Beliau berkata larangan itu wajar memandangkan warga asing tidak mendapat latihan atau pendedahan awal berkaitan kesedaran dan perundangan bagi keselamatan jalan raya di Malaysia.
"MRTSA menyokong pendirian kerajaan berkaitan perkara ini, (kerana) ia akan mewujudkan risiko tambahan tahap keselamatan jalan raya di negara kita.
"Malah dengan membenarkan warga asing memandu treler atau mana-mana kenderaan perdagangan, ia dikhuatiri akan menjejaskan peluang pekerjaan warga tempatan dalam sektor berkenaan," katanya kepada Bernama.
Pada 11 April lepas Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilaporkan berkata warga asing tidak dibenarkan memandu treler biarpun terdapat desakan daripada pihak industri yang mendakwa berlaku kekurangan pemandu.
Menurut Loke, berdasarkan data bidang pengangkutan dalam negara bagi 2022, sejumlah 766 syarikat pengangkutan dengan bilangan treler 61,616 dicatatkan, manakala bilangan pemandu adalah seramai 12,326.
Sementara itu Presiden Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye pula berpendapat kemalangan jalan raya terutama melibatkan kenderaan berat termasuk treler dapat dikurangkan sekiranya aspek keselamatan dipatuhi semua pihak.
Beliau berkata perkara itu hanya dapat dicapai dengan memastikan kemahiran pemandu treler berada di tahap baik oleh syarikat pengangkutan yang menggaji pemandu dan melatih golongan terbabit untuk menambah baik kemahiran pemanduan mereka.
"Antara aspek yang menyebabkan kemalangan melibatkan treler adalah cara pemanduan sesetengah pemandu yang berbahaya seolah-olah membuli kenderaan lain di jalan raya, kesedaran mengenai pemanduan berhemah selain treler yang membawa muatan berlebihan," katanya ketika dihubungi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023
Nik Salim berkata larangan itu wajar memandangkan warga asing tidak mendapat latihan atau pendedahan awal berkaitan kesedaran dan perundangan bagi keselamatan jalan raya di Malaysia. - Gambar fail/ Bernama
29 jemaah dirawat di tanah suci kerana pelbagai penyakit
Setakat 23 Mei 2023, daripada 12,686 jemaah haji Malaysia yang tiba di Mekah dan Madinah, 29 daripadanya dirawat di Hospital Arab Saudi, Pusat Rawatan TH Mekah dan Pusat Rawatan Madinah disebabkan pelbagai penyakit, antaranya disebabkan cuaca panas.
Stesen minyak di Tambun disyaki bersubahat
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Neger dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata tindakan itu dikesan susulan rampasan 7,000 liter diesel menerusi Op Tiris 3.0 di sebuah stor di Gopeng dekat sini.
14 individu ditahan kes penyeludupan bernilai RM35 juta
Seramai 14 lelaki termasuk 10 warga asing ditahan menerusi empat serbuan operasi bersepadu di Sarawak membabitkan rampasan lebih RM35 juta pada 20 hingga 23 Mei lalu.
Empat lokasi sekitar ibu negara terjejas akibat pokok tumbang
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima empat panggilan kecemasan berhubung kejadian pokok tumbang di ibu negara akibat ribut serta hujan lebat Sabtu petang.
Angka kematian rakyat Palestin di Gaza meningkat kepada 35,903 orang
Dalam tempoh 24 jam lepas, tentera Israel membunuh 46 rakyat Palestin dan mencederakan 130 yang lain.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Mei 2024.
10 Berita Pilihan - (25 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 100 dikhuatiri terbunuh di Papua New Guinea
Bencana besar tanah runtuh di Papua New Guinea dikhuatiri telah mengorbankan sekurang-kurangnya 100 orang penduduk yang mendiami perkampungan terpencil di wilayah Enga pada Jumaat. Ia melihat kepada skala runtuhan besar di kawasan tanah tinggi Enga yang mana disahkan sekurang-kurangnya lima kampung di kawasan pedalaman itu terlibat.
Kesan banjir, hujan lebat buat rakyat Afghanistan hampir putus asa
Hujan lebat dan banjir kilat di Afghanistan telah mengorbankan ratusan orang, merosakkan beribu-ribu rumah dan memusnahkan ladang yang luas, membuatkan penduduk tempatan seolah-olah berputus asa
'Saya tidak tahu kenapa orang luar sibuk campur tangan'
Warga Perancis dan New Zealand mula meninggalkan wilayah pasifik New Caledonia selepas runsuhan reformasi pentadbiran yang berlaku sejak lebih seminggu tidak menunjukkan tanda reda. Ketegasan penduduk kelihatan apabila rakyat bangkit menggesa kuasa autonomi pentadbiran diberikan kepada mereka dalam kunjungan Presiden Perancis Emmanuel Macron ke pusat bandar Noumea baru-baru ini, sekaligus mencetuskan penentangan dan pembunuhan tujuh individu setakat ini.
TH sambut baik cadangan bina terminal khas jemaah haji, umrah
Ia sekali gus membantu melancarkan penerbangan dari Jeddah atau tempat lain dari Arab Saudi terutama apabila tiba musim haji yang memerlukan lebih banyak penerbangan tambahan.
Pesta dalam tren di luar pengetahuan MOT – Loke
KTMB telah memberikan penjelasan dan menyatakan akan lebih tegas dalam garis panduan dan acara yang akan diadakan di tren miliknya pada masa hadapan.
Memorandum bantah GIP: 'Carilah alamat betul', pesan Anthony Loke kepada Wan Fayhsal
Menteri Pengangkutan itu menegaskan, Ahli Parlimen Machang itu salah pintu jika menghantar memorandum tersebut kepada Kementerian Pengangkutan.
Malaysia beri komitmen laksana tanggungjawab Ahli Majlis ICAO - Loke
Malaysia memberikan komitmen untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai satu daripada 14 negara yang dipilih sebagai Ahli Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), kata Menteri Pengangkuta
Loke umum peruntukan RM50,000 kepada Jawatankuasa Bersama Sambutan Wesak
Loke berkata dana itu sebagai sokongan dan penghargaan beliau terhadap sumbangan masyarakat Buddha di negara ini.
Tiada perancangan wajibkan pasang 'dashcam' - Loke
Tiada perancangan untuk mewajibkan pemasangan 'dashcam' atau kamera papan pemuka bagi semua kenderaan di negara ini.
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.
Proses pengambilan tanah projek ECRL di Selangor berjalan lancar - Loke
Proses pengambilan tanah bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Selangor berjalan dengan baik dan lancar, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Bas dari Thailand dibenar masuk Malaysia, perlu permit APAD - Anthony Loke
Bas dari Thailand dibenarkan masuk ke Malaysia tetapi perlu membuat permohonan dengan Agensi Pengakutan Awam Darat (APAD) terlebih dahulu dan permit sementara akan dikeluarkan kepada pemohon tersebut.
Tidak pernah benarkan bida harga, MOT arah APAD semak aplikasi perkhidmatan e-hailing
Kementerian Pengangkutan tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia aplikasi perkhidmatan pengangkutan e-hailing menggunakan sistem bidaan harga.