Larian merentas desa KL kembali 11 Sept ini

Bernama
Julai 19, 2022 01:00 MYT
Presiden Persatuan Olahraga Amatur Wilayah Persekutuan (FTKLAA), Datuk Seri Dr V Pulainthiran (tengah) bergambar bersama penaja Pengurus Komunikasi Sports Toto Malaysia Sdn Bhd, Giam Say Khoon (dua, kiri). - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Acara merentas desa tahunan anjuran Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (FTKLAA), yang tertangguh selama dua tahun akibat pandemik COVID-19, kembali diadakan di Padang Merbok, di sini, 11 Sept ini.
Presiden FTKLAA, Datuk Seri Dr V Pulainthiran berkata mereka menyasarkan 1,500 peserta mengambil bahagian menerusi 11 kategori termasuk kategori kanak-kanak.
Kategori dipertandingkan ialah Terbuka (Lelaki & Wanita); Veteran Junior Lelaki; Veteran Wanita; Junior Lelaki (A & B); Junior Wanita (A & B);
Peserta veteran dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM50, RM30 untuk kategori junior, RM25 (kanak-kanak) dan RM45 untuk Fun Run, katanya pada sidang media di sini, pada Isnin.
Larian dibahagikan kepada empat jarak iaitu 15 kilometer (km) untuk kategori terbuka dan veteran, 7km (junior), 3km (larian kanak-kanak) dan 5km untuk Fun Run.
Maklumat lanjut dan pendaftaran boleh dilakukan melalui laman sesawang www.racexasia.com; www.checkpointspot.asia atau di pejabat FTKLAA di Tingkat 2, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat. 50150 Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
#Acara merentas desa tahunan #fun run #COVID-19 #Padang Merbok