awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Latheefa Koya kritik pendakwaan henti prosiding Ahmad Zahid

Sinar Harian
Sinar Harian
04/09/2023
10:31 MYT
Latheefa Koya kritik pendakwaan henti prosiding Ahmad Zahid
Latheefa Koya mempersoalkan rasional tindakan itu dibuat sedangkan mahkamah pada 24 Januari tahun lalu telah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya mengkritik tindakan pendakwaan menghentikan prosiding perbicaraan 47 pertuduhan yang dihadapi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sambil menyifatkan keputusan tersebut suatu memalukan, beliau turut mempersoalkan rasional tindakan itu dibuat sedangkan mahkamah pada 24 Januari tahun lalu telah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.
"Apa kata pegawai-pegawai SPRM yang telah berhempas pulas sepanjang hidup mereka memerangi rasuah?
"Apa mesej yang hendak disampaikan oleh kerajaan ini?" soalnya menerusi ciapan di Twitter.
Terdahulu, pasukan pendakwaan mengemukakan 11 alasan menghentikan prosiding terhadap Ahmad Zahid.
Ia termasuk surat representasi oleh Presiden UMNO itu yang menyatakan pertuduhan dibuat ke atasnya dilakukan secara terburu-buru.
Ahmad Zahid dibicarakan atas 47 pertuduhan iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi.
Perbicaraan kes itu kini di peringkat pembelaan yang setakat ini telah memanggil 15 saksi termasuk Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#kes rasuah
#Latheefa Koya
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan