MALAYSIA
Latihan bahasa dan etika untuk pemandu teksi menjelang TMM 2026 - Loke
Loke hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ketiga Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang Se'Malaysia (GTSM). - Foto FB Anthony Loke
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) merancang menyediakan latihan asas bahasa dan etika pemanduan kepada pemandu teksi menjelang Visit Malaysia 2026 (TMM2026).
Ringkasan AI
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata langkah itu penting kerana industri teksi bukan sekadar pengangkutan tetapi adalah nadi perkhidmatan rakyat dan wajah pertama negara kepada pelancong.
Beliau berkata pada masa sama, dalam usaha menjaga keselamatan dan kebajikan pemandu teksi, kerajaan turut menanggung sepenuhnya caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) golongan itu melibatkan peruntukan Kementerian Kewangan (MOF) dan MOT.
"Tahun lepas, MOF memperuntukkan sebanyak 90 peratus dan MOT tanggung 10 peratus (bagi pihak pemandu). Tahun ini sepatutnya pemandu bayar 30 peratus tetapi saya telah bersetuju untuk MOT tanggung 30 peratus (caruman) itu untuk pemandu-pemandu teksi," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Terdahulu beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ketiga Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang Se'Malaysia (GTSM) yang memberikan ruang berharga kepadanya untuk mendengar sendiri suara industri.
Loke berkata sebagai Menteri Pengangkutan, beliau percaya hanya melalui kerjasama rapat dengan pemain industri seperti GTSM, reformasi dalam sektor itu akan dapat dilaksanakan dengan penuh bermakna.
"Reformasi ini sedang berjalan dan saya akan terus bersama warga industri untuk memperkukuh sektor pengangkutan awam demi manfaat rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Latihan bahasa dan etika pemanduan untuk pemandu teksi MOT merancang program latihan asas menjelang Visit Malaysia 2026 bagi meningkatkan profesionalisme dan imej negara kepada pelancong.
- Kerajaan tanggung penuh caruman PERKESO pemandu teksi: MOT dan MOF menanggung keseluruhan caruman PERKESO tahun ini, meringankan beban kewangan pemandu.
- Komitmen terhadap reformasi sektor pengangkutan awam: Menteri Anthony Loke tekad bekerjasama dengan pemain industri seperti GTSM untuk memperkukuh sistem pengangkutan demi manfaat rakyat.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata langkah itu penting kerana industri teksi bukan sekadar pengangkutan tetapi adalah nadi perkhidmatan rakyat dan wajah pertama negara kepada pelancong.
Beliau berkata pada masa sama, dalam usaha menjaga keselamatan dan kebajikan pemandu teksi, kerajaan turut menanggung sepenuhnya caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) golongan itu melibatkan peruntukan Kementerian Kewangan (MOF) dan MOT.
"Tahun lepas, MOF memperuntukkan sebanyak 90 peratus dan MOT tanggung 10 peratus (bagi pihak pemandu). Tahun ini sepatutnya pemandu bayar 30 peratus tetapi saya telah bersetuju untuk MOT tanggung 30 peratus (caruman) itu untuk pemandu-pemandu teksi," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Terdahulu beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ketiga Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang Se'Malaysia (GTSM) yang memberikan ruang berharga kepadanya untuk mendengar sendiri suara industri.
Loke berkata sebagai Menteri Pengangkutan, beliau percaya hanya melalui kerjasama rapat dengan pemain industri seperti GTSM, reformasi dalam sektor itu akan dapat dilaksanakan dengan penuh bermakna.
"Reformasi ini sedang berjalan dan saya akan terus bersama warga industri untuk memperkukuh sektor pengangkutan awam demi manfaat rakyat," katanya.
-- BERNAMA

#Visit Malaysia 2026
#TMM2026
#pemandu teksi
#latihan asas bahasa dan etika pemanduan
#Anthony Loke
#Kementerian Pengangkutan