[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
MALAYSIA

Latihan ular di sekolah: Melampau dan terlalu bodoh - Netizen

Kohilah Sekaran 18/10/2016 | 10:46 MYT
Rakaman video berdurasi 2.50 minit itu nyata mengundang kemarahan netizen.
“Melampau dan terlalu bodoh ” – itulah antara komen yang dilontarkan netizen gara-gara sebuah program di sebuah sekolah yang menggunakan ular dalam latihannya.
Viral di media sosial sejak semalam, satu rakaman video yang menyaksikan sekumpulan murid perempuan yang dipercayai mengikuti sebuah kem pembentukan jati diri menjerit ketakutan apabila dipaksa masuk ke dalam kolam berisi seekor ular.
Beberapa murid sekolah rendah dilihat menjerit dan menangis ketakutan, manakala yang lain enggan melakukan aktiviti tersebut.
Kejadian dipercayai berlaku di Kuala Kangsar, Perak dan difahamkan diadakan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebagai sebahagian daripada latihan mereka untuk mengatasikan ketakutan diri.
Rakaman video berdurasi 2.50 minit itu nyata mengundang kemarahan netizen.
Pengguna media sosial rata-ratanya mempersoalkan kewajaran mengadakan latihan seperti ini, memandangkan ia amat berbahaya.
Ada yang menyifatkan latihan itu sebagai terlalu ‘bodoh’, dan berpendapat bahawa latihan seperti ini tidak sesuai untuk mendidik murid sekolah.
Malah, menurut netizen, latihan pembentukan jati diri seperti ini merupakan satu bentuk penderaan dan tidak akan membantu murid mengatasi ketakutan tetapi menyebabkan mereka menjadi trauma.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#APM #latihan ular #sekolah #viral