Skip to main content

Malaysia

Laungan 'Merdeka' warisan keluarga, cukup peribadi buat Tengku Zafrul

Arwah atuk saya, Raja Zainal Abidin, merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis pada tahun 1957. Ketika Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Kuala Lumpur, arwah diberi tanggungjawab mengisytiharkan Kemerdekaan di Perlis. -- IG Tengku Zafrul Aziz
Allahyarham Raja Zainal Abidin Raja Haji Tachik, datuk Tengku Zafrul yang ketika itu merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, diberi tanggungjawab membacakan pengisytiharan kemerdekaan di negeri berkenaan pada 31 Ogos 1957. - Foto Instagram
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Kebangsaan kali ini membawa makna cukup peribadi buat Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz apabila beliau mengenang peranan datuknya dalam sejarah kemerdekaan negara.

Menurut Tengku Zafrul, datuknya, Allahyarham Raja Zainal Abidin Raja Tachik merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis pada 1957.

Ketika Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengisytiharkan kemerdekaan di Kuala Lumpur, Allahyarham diberi tanggungjawab menyampaikan pengisytiharan bersejarah itu di Perlis.

“69 tahun lalu, arwah datuk saya mengisytiharkan Merdeka di Perlis. Pagi ini, giliran saya pula melaungkan ‘Merdeka!’ bersama rakyat Malaysia di Dataran Merdeka,” katanya menerusi hantaran di Instagram hari ini.

Image
Arwah atuk saya, Raja Zainal Abidin, merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis pada tahun 1957. Ketika Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Kuala Lumpur, arwah diberi tanggungjawab mengisytiharkan Kemerdekaan di Perlis. -- IG Tengku Zafrul Aziz
Hari ini saya dapat melaungkannya bersama rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan latar belakang. Generasi berbeza, tapi semangatnya sama, ujar Tengku Zafrul.

Tengku Zafrul berkata, sejarah keluarganya itu menjadikan laungan keramat berkenaan cukup dekat di hati setiap kali negara menyambut ulang tahun kemerdekaan pada 31 Ogos.

Lebih bermakna, beliau kali ini berpeluang melaungkannya bersama rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum, latar belakang dan generasi.

“Generasi berbeza, tetapi semangatnya sama. Merdeka! Merdeka! Merdeka!” katanya lagi.


 

Must Watch Video

Advertisement