MALAYSIA
Laut China Selatan: Malaysia, Australia suara kebimbangan, gesa penyelesaian aman
Terdapat keperluan untuk menyelesaikan isu berkenaan secara aman selaras dengan undang-undang antarabangsa, khususnya UNCLOS. - Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Australia mengulangi kebimbangan terhadap perkembangan di Laut China Selatan dan menyuarakan keperluan untuk menyelesaikan isu berkenaan secara aman selaras dengan undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS).
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Malaysia-Australia (HLC) kali kelima di sini hari ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia Richard Marles menyatakan bahawa sebarang tuntutan perlu selaras dengan UNCLOS.
"Para menteri amat bimbang dengan perkembangan di Laut China Selatan yang menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan rantau ini, termasuk tindakan berbahaya dan tidak profesional di laut serta udara, selain tuntutan maritim melampau yang tidak bersandarkan kepada undang-undang antarabangsa.
"Mereka menekankan kepentingan kebebasan belayar dan ruang udara selaras dengan UNCLOS, yang menyediakan kerangka perundangan komprehensif bagi semua aktiviti di laut," menurut kenyataan itu.
Mohamed Khaled dan Marles turut mengulangi komitmen terhadap kepusatan ASEAN serta acuan serantau yang diterajui ASEAN yang bersifat terbuka, telus, berasaskan peraturan dan inklusif.
"Kedua-dua menteri juga mengiktiraf Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus (ADMM-Plus) dan kumpulan kerja pakarnya sebagai wadah membina keyakinan dan mencegah konflik, selain pembangunan kapasiti.
"Mereka juga mengakui peranan penting ASEAN Outlook on the Indo-Pacific, Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali (ZOPFAN) serta Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ)," menurut kenyataan bersama itu.
Mengenai mesyuarat HLC, kedua-dua menteri menegaskan semula kerjasama pertahanan serta komitmen bersama untuk memelihara kestabilan serantau.
Mesyuarat berkenaan juga detik penting bersempena dengan ulang tahun ke-80 berakhirnya Perang Dunia Kedua yang menyaksikan terjalnnya kerjasama pertahanan Malaysia-Australia, ulang tahun ke-75 bantuan Australia semasa darurat, dan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik Australia di Malaysia.
Kedua-dua pemimpin juga mengulangi kepentingan Operasi Gateway yang telah menyumbang kepada keselamatan serantau selama lebih 45 tahun, serta komitmen untuk terus memperkukuh inisiatif itu bagi meningkatkan kebolehoperasian dan melindungi keselamatan kedua-dua negara dalam persekitaran serantau yang kian kompleks.
Menurut kenyataan bersama itu, kedua-dua pihak kekal komited bahawa Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) sebagai tonggak utama keselamatan serantau.
"Australia menantikan Malaysia menjadi tuan rumah eksesais bersama LIMA 2025, termasuk FPDA VVIP Day di atas kapal HMS Prince of Wales pada 27 Sept 2025 anjuran United Kingdom.
Menurut kenyataan itu, penglibatan aset generasi kelima, termasuk pesawat F-35 Lightning II Australia dalam eksesais berkenaan mencerminkan komitmen bersama terhadap keselamatan serantau.
Mohamed Khaled turut merakamkan penghargaan kepada Australia atas sokongan yang diberikan untuk kerja-kerja menaik taraf infrastruktur dan pembaikan landasan di Pangkalan Udara Butterworth Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
-- BERNAMA