awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawak melampau: Zambry kecam tindakan Jocelyn Chia

Astro Awani
Astro Awani
07/06/2023
15:22 MYT
Lawak melampau: Zambry kecam tindakan Jocelyn Chia
Menerusi satu kenyataan pada Rabu, beliau menegaskan tindakan itu langsung tidak menunjukkan rasa sensitiviti dan empati terhadap rakyat Malaysia serta keluarga mangsa.
KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir mengecam tindakan pelawak asal Singapura, Jocelyn Chia yang secara jelas memperlekeh Malaysia dan mempersenda tragedi yang pernah melanda negara.
Menerusi satu kenyataan pada Rabu, beliau menegaskan tindakan itu langsung tidak menunjukkan rasa sensitiviti dan empati terhadap rakyat Malaysia serta keluarga mangsa.
Tegas beliau, video itu jelas menggambarkan sikap yang bertentangan dengan nilai ketimuran negara Asia yang terkenal dengan adab dan tatasusila.
“Saya percaya ini bukanlah pendirian atau tindakan yang diterima oleh mana-mana negara apatah lagi menggambarkan pendirian rasmi mana-mana kerajaan.
“Saya berharap sebarang bentuk tindakan atau cubaan seperti ini dapat dihentikan bagi memastikan rasa hormat pada mana-mana negara terus dipelihara,” katanya.
Astro AWANI pada Rabu melaporkan Jocelyn yang memperlekeh dan menghina negara menerusi persembahan komedi berdirinya disifatkan sebagai melampau oleh netizen.
BACA: Lawak melampau, orang ramai kecam Jocelyn Chia
Lebih mengejutkan, wanita berkenaan turut menggunakan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai modal jenaka sehingga menimbulkan kemarahan warganet.
Menerusi video tular berdurasi satu minit 29 saat yang dimuat naik di laman sosial TikTok, pelawak itu menyifatkan pembangunan Malaysia jauh ketinggalan berbanding Singapura bergelar negara maju selepas lebih 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu.
Dalam tinjauan, ruangan komen di akaun rasmi TikTok milik pelawak itu dipenuhi dengan kata-kata tidak senang orang ramai yang menyifatkan bahawa lawak yang disampaikan tidak sensitif.
Sementara itu, waris kepada salah seorang mangsa MH370, Intan Maizura Othaman menerusi perkongsian di Facebook turut mengecam pelawak itu.
Katanya, Jocelyn seorang yang terdesak menggunakan isu-isu kontroversi untuk mendapat populariti, selain dengan sengaja menyinggung perasaan orang ramai.
Topic Berkaitan
#MH370
#Jocelyn Chia
#Singapura
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan