KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan Kim Pan Gon meletakkan sasaran tinggi ke atas Harimau Malaya apabila beliau menekankan tidak menerima selain keputusan 'menang' dalam perlawanan kedua Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Taiwan, esok.
Kemenangan di Stadium Perbandaran Taipei, venue perlawanan esok, akan mencerahkan peluang untuk Malaysia menempah tempat pada pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia dan pusingan akhir Piala Asia, setelah menang 4-3 ke atas pasukan ke-97 dunia Kyrgyzstan di Stadium Bukit Jalil Khamis lepas.
"Selepas keputusan yang baik di laman sendiri, perlawanan ini adalah yang paling penting bagi kami, walaupun ia datang dengan beberapa tekanan positif. Kita tahu Taiwan meraih keputusan yang baik baru-baru ini, pasukan ini telah bertambah baik di bawah jurulatih baharu (Gary White) dan sangat kuat di laman sendiri.
"Kami menghormati sepenuhnya pasukan dan rekod sebelum ini, namun kami juga perlu mencipta sejarah baharu. Kami akan bermain dengan rasa hormat (kepada lawan) untuk meraih kemenangan buat Malaysia...esok akan menjadi pertarungan besar bagi kami untuk mendapatkan tiga mata, namun kami tidak akan berundur," katanya pada sidang media praperlawanan di Taipei hari ini.
Keyakinan Pan Gon itu disokong oleh maklumat mengenai pasukan Taiwan yang diperolehi jurulatih analisis prestasi Lim Jaehun.
"Beliau (Jaehun) telah memberi kami banyak maklumat, seperti beberapa pemain naturalisasi, beberapa pemain bermain di China dan beberapa pemain sangat berpengalaman. Daripada pengamatan saya sebelum ini, pemain Taiwan sentiasa berdisiplin, bekerja keras, mantap dan mempunyai fizikal yang baik serta pelari yang bagus," katanya dan berharap anak buahnya dapat mengekalkan rekod bersih selepas meledak 10 gol dalam lima perlawanan sebelum ini.
Sementara itu, pemain pertahanan negara Dion Cools berkata keinginan pasukan untuk meraih kemenangan esok lebih besar daripada tekanan yang dirasai dan beliau yakin mereka mampu memberikan tiga mata didambakan Pan Gon.
"Sebanyak enam perlawanan (dalam kelayakan), kami menang perlawanan pertama dan perlawanan seterusnya kami perlu ambil serius. Ia peluang yang baik untuk kami, kami tahu ia perlawanan yang sukar esok, kami percaya skuad ini boleh mencapai sesuatu," katanya.
Bagaimanapun, sejarah tidak menyebelahi Malaysia yang kini berada di kedudukan ke-137 dunia.
Pasukan negara tewas dua daripada tiga pertemuan menentang Taiwan (ke-152) sebelum ini iaitu menang 2-1 semasa kelayakan Piala Dunia 2011 dan kalah 2-3 di tempat lawan dalam pusingan kelayakan sama serta 0-2 dalam perlawanan persahabatan di Taiwan pada 2018.
Bagi Taiwan, walaupun kecundang 0-3 di tangan Oman dalam perlawanan kelayakan pertama mereka di Kompleks Sukan Sultan Qaboos di Muscat pada Khamis, pasukan 'The Blue Wings' itu belum lagi tewas di laman sendiri tahun ini apabila seri ketika menentang dua pasukan pada ranking lebih tinggi iaitu Thailand (2-2) dan Filipina (1-1) dalam perlawanan persahabatan.
Anak didik Gary White itu turut melakar kemenangan 4-0 ke atas Timor Leste dalam perlawanan pembukaan kelayakan Piala Dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023

Menurut Pan Gon, kemenangan di Stadium Perbandaran Taipei akan mencerahkan peluang Malaysia menempah tempat pada pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia dan pusingan akhir Piala Asia. - Gambar fail

Jangka hayat penduduk Korea Selatan turun kepada 82.7 tahun
Purata jangka hayat bayi yang dilahirkan di Korea Selatan tahun lalu turun sekitar satu tahun menjadi 82.7 tahun, menurut data yang dikeluarkan pada Jumaat.

JKDM rampas dadah bernilai RM15.6 juta dalam tong dari India
JKDM menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan merampas ketamin seberat 260 kilogram (kg) bernilai RM15.6 juta pada 21 Nov lepas.

'Kecekapan berbahasa Inggeris penting kepada pelajar' - Pakar
Sanghi berkata, kecekapan berbahasa Inggeris mampu mempersiapkan golongan muda untuk menghadapi cabaran global.

'Kedah Aerotropolis ambil kira dapatan kajian NASP, dipertimbang selepas kajian dimuktamad'
Kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) yang sedang dilaksanakan Kementerian Pengangkutan akan menilai keperluan sebenar projek pembangunan lapangan terbang termasuk Kedah Aerotropolis.

Penjawat awam Perak terima Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji
Penjawat awam Perak bakal menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) pada kadar dua bulan gaji yang akan dibayar penuh pada 20 Dis ini.

Anugerah Perhubungan Awam Malaysia iktiraf keunggulan industri
Malaysia Public Relations Awards (MPRA) tahun ini bakal mengiktiraf penerima anugerah dalam hampir 20 kategori untuk pelbagai kempen perhubungan awam dan komunikasi sepanjang tahun.

Kes pengubahan wang haram, rasuah Wan Saiful dibicarakan bersama
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya kes pengubahan wang haram dan rasuah berhubung projek Jana Wibawa yang dihadapi Wan Saiful dibicarakan bersama.

Najib mohon lepas tanpa bebas, kes SRC RM27 juta lebih 5 tahun tergantung
Najib memohon dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

PRK Kemaman: Jangkaan 70 peratus keluar mengundi - SPR
Abdul Ghani berkata, jangkaan itu bagaimanapun bergantung keadaan cuaca hujan yang melanda Pantai Timur termasuk di Kemaman ketika ini.

Korban akibat banjir di Kenya meningkat kepada 136 orang
Menurut Kementerian Dalam Negeri, lebih 92,400 isi rumah dan 462,100 penduduk terjejas.

Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027: Malaysia miliki ramai pemain warisan, naturalisasi - Pan Gon
Terdapat segelintir pihak yang menyatakan Malaysia tidak menurunkan pemain tempatan dalam perlawanan tersebut.

Pan Gon bangga aksi Harimau Malaya, penyokong
Katanya, pemain menunjukkan mentaliti tinggi dan tidak berputus asa untuk bangkit menumbangkan lawan di kedudukan ranking yang lebih baik.

Pan Gon rayu penyokong Harimau Malaya penuhi Stadium Nasional Bukit Jalil esok
Kim Pan Gon, berharap akan 'kebanjiran' penyokong setia Harimau Malaya semasa perlawanan menentang Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Semangat patriotik seharusnya melebihi keresahan harga tiket - Legenda bola sepak
Harga tiket tidak seharusnya menjadi masalah kepada peminat setia untuk memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya menentang Kyrgyzstan.

Perjuangan skuad Harimau Malaya cipta satu lagi sejarah bermula
Selepas menoktahkan penantian lebih empat dekad untuk layak secara merit ke Piala Asia, tumpuan terkini skuad Harimau Malaya beralih kepada usaha mengetuk 'pintu' Piala Dunia.

Hormati keputusan pemilihan 25 pemain - Pan Gon
Pan Gon selaku jurulatih mempunyai alasan tersendiri berkenaan pemilihan pemain selain optimis telah memilih barisan pemain terbaik dengan mengambil kira taktikal dan strategi pasukan.

Pan Gon harap kelayakan Piala Dunia menentang Krygzstan, kekal di Stadium Nasional
Kim Pan Gon berharap anak buahnya akan dapat memulakan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Peningkatan ketara Harimau Malaya 'menakutkan' saya - Pan Gon
Kim Pan Gon mengakui peningkatan ketara ranking skuad bimbingannya dalam tempoh singkat, adalah satu yang 'mengejutkan'.

Harimau Malaya tunduk kepada tekanan, Pan Gon minta maaf
Kim Pan Gon meminta maaf kepada rakyat Malaysia yang meletakkan jangkaan tinggi untuk muncul juara tetapi malangnya gagal berbuat demikian.

Awas Tajikistan!
Ia merupakan peluang terbaik skuad negara untuk 'melunaskan dendam' kekalahan kepada pasukan di ranking ke-110 dunia itu.