MALAYSIA
Lawatan Anwar bukti persahabatan utuh Malaysia-Timor-Leste - Ramos-Horta
Perdana Menteri Anwar Ibrahim (kiri) dan Presiden Timor-Leste Dr Jose Ramos-Horta mengadakan sidang media bersama di Istana Presiden di sini hari ini. - Foto Bernama
DILI (TIMOR-LESTE): Presiden Timor-Leste Dr Jose Ramos-Horta menyifatkan lawatan sulung dua hari Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai bukti persahabatan utuh antara kedua-dua negara, mengimbau sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia semasa perjuangan Timor-Leste untuk mencapai kemerdekaan.
Ringkasan AI
Beliau berkata perbincangan bersama Anwar adalah membina dan tertumpu pada masa depan termasuk pelaburan Malaysia yang lebih besar dalam perniagaan tani, pelancongan dan tenaga boleh diperbaharui, serta pendidikan dan latihan vokasional untuk belia Timor-Leste.
Ramos-Horta turut mengumumkan bahawa Anwar akan dikurniakan anugerah tertinggi negara itu 'Grand Collar of the Order of Timor-Leste' sebagai pengiktirafan terhadap bantuannya dan peranan Malaysia selama ini dalam menyokong aspirasi negara itu untuk menyertai ASEAN, khususnya sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
"Anugerah ini adalah penghormatan terhadap komitmen peribadinya dan sokongan penting Malaysia. Timor-Leste dan Malaysia bukan sahaja berjiran tetapi rakan kongsi dalam membina Asia Tenggara yang bersatu dan makmur," katanya pada sidang media bersama di Istana Presiden di sini.
Sementara itu, Anwar yang menyatakan sudah lama bersahabat dengan Ramos-Horta, menyifatkan kunjungan itu bukan sahaja bersifat rasmi malah peribadi.
Beliau berkata lawatan berkenaan adalah penting di samping mengetengahkan sejarah bersama kedua-dua negara dan sokongan konsisten Malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan Timor-Leste.
Perdana Menteri menekankan keutamaan dalam perdagangan, pelaburan, pelancongan, pendidikan dan pertahanan, sambil mengalu-alukan penglibatan Petronas dan syarikat swasta Malaysia.
"Kemasukan anda (Timor-Leste) ke ASEAN hanya menunggu masa. Malaysia menantikan untuk meraikan keanggotaan Timor-Leste pada Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober," katanya.
Timor-Leste akan diterima secara rasmi sebagai anggota ASEAN ke-11 pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur bulan depan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Presiden Jose Ramos-Horta menyifatkan lawatan sulung Anwar Ibrahim sebagai bukti hubungan erat, sambil mengumumkan penganugerahan tertinggi negara, Grand Collar of the Order of Timor-Leste, kepada Perdana Menteri Malaysia.
- Perbincangan kedua-dua pemimpin menekankan pelaburan Malaysia dalam sektor tani, pelancongan, tenaga boleh diperbaharui, pendidikan dan latihan vokasional, serta penglibatan syarikat seperti Petronas.
- Anwar menegaskan sokongan penuh Malaysia terhadap kemasukan Timor-Leste ke ASEAN, yang dijangka dimuktamadkan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur bulan depan.