NEW YORK: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata lawatan empat hari beliau ke Amerika Syarikat berjaya mengetengahkan pendirian Malaysia berhubung isu global dan meningkatkan profil negara di persada antarabangsa.
Menurut beliau lawatan itu memberi memberi peluang untuk berkongsi dasar dan aspirasi negara terkait hubungan antarabangsa.
"Ternyata hasilnya baik, ternyata profil antarabangsa kita telah meningkat. Lanjutan pertemuan dengan rakan-rakan sejawat, saya berpeluang berkongsi pengalaman serta bertukar pendapat dalam isu-isu global dan berkepentingan bersama," tambah beliau.
Bercakap pada sidang media pada akhir lawatan beliau ke New York untuk menyertai Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78, Anwar berkata beliau menerima begitu banyak permintaan untuk mengadakan pertemuan di luar sesi UNGA.
"Terdapat begitu banyak permintaan untuk mesyuarat dua hala, kami tidak dapat menampung kerana kekangan masa. Saya gembira profil antarabangsa Malaysia telah meningkat ke kedudukan yang mengagumkan," tambah beliau.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata lawatan itu memberikan peluang kepada Malaysia untuk mengetengahkan isu-isu antarabangsa seperti konflik Ukraine-Rusia, Islamofobia, perubahan iklim dan masalah di Myanmar.
Semasa di New York, Anwar berkata beliau berkesempatan mengadakan pertemuan dua hala dengan pemimpin-pemimpin Turkiye, Iraq, Thailand dan Sri Lanka.
Pada masa sama, Anwar berkata usaha menarik lebih banyak pelaburan dan perdagangan ke Malaysia terus membuahkan hasil melalui pertemuan dengan beberapa syarikat gergasi Amerika Syarikat (AS).
Anwar telah mengadakan pertemuan dan berinteraksi bersama 15 syarikat terkemuka AS yang tersenarai dalam Fortune 500 termasuk Airbnb, Amazon, Amazon Web Services, Boeing, ConocoPhillips dan Kimberly-Clark di Harvard Club.
Pada acara Invest Malaysia New York yang dihadiri para pelabur pasaran modal ekuiti dan bon dengan nilai aset di bawah pengurusan mencecah US$40 trilion, Anwar memberi komitmen kerajaan untuk memastikan suasana pelaburan yang kondusif.
Perdana Menteri berkata beliau gembira dengan keputusannya untuk hadir pada UNGA kali ini walaupun pada awalnya tidak mahu datang kerana pelbagai isu domestik dan kurang yakin akan adanya hasil daripada UNGA itu sendiri.
"Pertama ada isu domestik yang perlu diselesaikan. Banyak perubahan seperti transformasi tenaga, pelan induk perindustrian, Ekonomi MADANI, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 dan juga Pilihan Raya Kecil (PRK).
"Ia sangat berat...mujurlah keadaan jauh lebih baik sekarang," kata Anwar.
Beliau juga memuji kerja keras kakitangan Kedutaan Malaysia ke AS dan Perwakilan Tetap ke PBB, Kementerian Luar, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan agensi-agensi lain yang terlibat dalam lawatan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2023

Anwar ketika sidang media sempena hari terakhir beliau berada di New York selepas menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York, 24 Sept 2023. --fotoBERNAMA

Peranan Teraju distrukturkan semula - Rafizi
Teraju adalah antara agensi di bawah Kementerian Ekonomi yang diberikan mandat untuk membangunkan ekosistem perniagaan dan ekonomi Bumiputera.

Kikis persepsi negatif, beri peluang bekas banduan kembali pada masyarakat
Persepsi bahawa bekas banduan sebagai penjenayah untuk selama-lamanya dan tidak boleh kembali ke pangkuan masyarakat perlu dikikis.

Menteri, timbalan menteri mesti kerap turun padang ke Labuan, pantau isu rakyat, ekonomi
Menteri atau timbalan menteri berkaitan pembangunan sosioekonomi di Labuan diarahkan untuk membuat lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan ini setiap minggu atau selang seminggu.

KPDN dalam usaha bawa produk tempatan ke luar negara
Inisiatif berkenaan merupakan kerjasama antara KPDN dengan Pasar Raya Lulu Malaysia sejak ia beroperasi pada 2016.

Malaysia-Indonesia teruskan kerjasama pertingkat kredibiliti minyak sawit - KPK
Solidariti industri yang direncanakan bersama Malaysia-Indonesia bagi meningkatkan kredibiliti minyak sawit di mata dunia akan diteruskan.

KPWKM komited perkasa pendidikan kesihatan reproduktif, gejala sosial
KPWKM terus komited dalam melipatgandakan usaha memperkasakan pendidikan kesihatan reproduktif dan gejala sosial dalam kalangan remaja.

Utamakan tingkat kemahiran, latihan semula untuk pupuk tenaga kerja mampan - Sivakumar
Majikan digesa mengutamakan usaha peningkatan kemahiran dan melatih semula kemahiran sumber manusia, bagi memupuk tenaga kerja yang dinamik, mampan dan berdaya tahan.

Kualiti aset industri perbankan kekal mantap - RAM Ratings
Kualiti aset industri perbankan Malaysia kekal berdaya tahan, dengan nisbah GIL 1.72 peratus dalam sistem pada akhir September 2023.

Rakyat setuju bayaran balik PTPTN adalah tanggungjawab yang perlu dipenuhi
Maklum balas itu diperoleh daripada penganjuran Hari Terbuka Pendidikan Tinggi yang berlangsung pada 23 Okt lepas.

Anggota penguatkuasa PBT di Perak bakal dilengkapi kamera badan
Kerajaan Negeri Perak mempertimbangkan pemakaian kamera badan kepada semua penguat kuasa PBT yang terlibat operasi, awal tahun hadapan.

Tiada bilik VIP dalam penjara - Saifuddin
Tiada bilik khas untuk banduan orang kenamaan (VIP) di Penjara Sungai Buloh atau mana-mana penjara di seluruh negara.

Percepat projek kemudahan rakyat Sabah, Anwar tidak mahu lagi alasan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya pembangunan kemudahan rakyat Sabah termasuk bekalan air, elektrik dan Lebuh Raya Pan Borneo dipercepatkan, tanpa ada sebarang alasan lagi.

Program seperti e-Madani akan diteruskan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan pemberian subsidi akan memberi faedah kepada 3.5 juta orang asing dan dimanfaatkan oleh golongan terkaya.

Malaysia semakin hebat bukan tentang Anwar, tetapi disebabkan kestabilan politik - PM
Profil Malaysia yang semakin tinggi bukan tentang individu bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya disebabkan kestabilan politik di negara ini.

Budaya Melayu, Islam mana yang benarkan fitnah, cerca orang? - PM Anwar
Lebih menghairankan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amalan itu seolah diterima sebagai amalan biasa bahkan orang itu diberi jawatan penting dalam parti.

Jangan terlalu selesa ketika tadbir negara - PM Anwar
Perdana Menteri menasihatkan pemimpin negara supaya tidak berada pada tahap selesa ketika mentadbir negara.

Pelarasan gaji golongan profesion teknikal diberi keutamaan dalam SSPA - PM Anwar
Kehadiran beliau bagi mengiktiraf peranan golongan profesion teknikal yang sesuai dengan keadaan dan pertumbuhan ekonomi negara sekarang.

PRK Kemaman: Anwar ucap tahniah, harap kemenangan Samsuri redakan suhu politik
Anwar berkata, kemenangan Ahmad Samsuri sekurang-kurangnya dapat meredakan suhu politik negara.

Setahun Kerajaan Madani: Wawancara Khas bersama PM malam ini
Dalam temu bual itu, Anwar akan mengimbas setahun Kerajaan Madani serta memperinci hala tuju, matlamat dan cita-cita kerajaan.

PRK Kemaman: Kemenangan Pas bukan isyarat penolakan Kerajaan Perpaduan - Saifuddin
Saifuddin berkata Kemaman sememangnya sebelum ini disandang oleh calon Perikatan Nasional